danzaimar
Legendary Member

- Messages
- 11,504
- Joined
- Oct 29, 2008
- Messages
- 11,504
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Setelah sekian lama hanya menjadi pembaca setia journal-journal hebat para traders di CG, akhirnya pada hari ini saya ingin rasmikan journal peribadi saya...
Walaupun hanya akaun demo (maklumla newbie je dalam FX
tapi saya harap perkongsian journal ni dapat kita kongsi dan bincangkan bersama....semoga perkongsian ini mendapat manfaat kepada saya dan juga para traders yang lain di luar sana...
Teknik ni saya gunakan dalam trading saya sekarang...dan insyaAllah pandangan otai2 amatlah diharapkan..huhuhuhu:">:">:">:">
Journal ini saya namakan sebagai Jurnal akaun Demo Elliot Wave analisis (ape yg saya paham...)
sedikit sebanyak ttg EW:
Teori 2. Elliott Wave
Elliott wave ialah satu teori yg mana menunjukkan tentang kitaran sesuatu wave itu sendiri. Teori EW menyatakan bahawa setiap gelombang itu mempunyai kitaranya sendiri yg dibahagikan kepada 2, dipanggil; Impulse wave dan Corrective wave. Impulse wave dibahagikan kepada 5 bahagian, 1-2-3-4-5 manakala corrective wave pula dibahagikan kepada 3 a-b-c.
![]()
Antara syarat2 utama untuk menggunakan teknik ini ialah trader mestilah mempunyai pemahaman yg sgt mendalam ttg pergerakan wave itu sendiri. Syarat penggunaan yg biasa ialah;
- Wave 2 akan turun tidak lebih dari permulaan wave 1.
- Wave 3 akan naik melebihi puncak wave 1.
- Wave 4 akan turun tidak melebihi puncak wave 1.
- Wave 4 akan naik melebihi puncak wave 3.
- Wave B akan naik tidak melebihi puncak wave 5.
- Wave C akan turun melebihi bawah wave A.
Walaupun secara asasnya teori ini sgt mudah utk digunakan ttp secara praktikal menunjukkan bahawa ianya sgt sukar utk dijangka. Terdpt berbagai2 jenis gelombang yg akan mengelirukan walaupun utk trader yg berpengalaman. Terdpt juga keadaan dimana ianya dipanggil wave within wave (gelombang didalam gelombang).
indicator yang saya gunakan dalam trading saya:
- Stocastic (15,3,3); dan
- currency meter dari oasis wealth builder
berikut antara contoh counting dalam trading saya seharian:
P/S: sebarang komen dan pendapat amatlah dialu-alukan...
kredit to sifu-sifu saya: Masta Lukpayat, aku tiada nama, dan semua rakan2..
Last edited: