BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jumpa mayat ayah tergantung

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat.​

KOTA TINGGI - Seorang lelaki ditemui tidak bernyawa dalam keadaan lehernya terjerut di kediamannya di sebuah tanah rancangan Felda di sini, pagi semalam.

Mangsa, 37, dijumpai oleh anak bongsunya kira-kira jam 9 pagi sebelum bertindak mengejutkan ibunya yang sedang tidur bersama abang dan kakaknya.

Turut dijumpai sehelai nota dipercayai ditulis oleh mangsa serta sebungkus nasi goreng ayam yang untuk isterinya.
Nota berkenaan berbunyi..."Awak sentiasa tahu Y** tak akan makan sebelum awak makan. Terima kasih sudi menjadi isteri Y** yang ikhlas.. Cuma awak dan awak hingga akhir. Demi Allah, suamimu yang malang. Y**terlalu rindukan emak! Assalamualaikum..
Isteri mangsa, 38, berkata, sejak kebelakangan ini, suaminya sering merungut tentang masalah peribadi yang dihadapinya.

"Kadang kala dia turut menggunakan senjata tajam untuk mengugut mencederakan dirinya. Saya juga ada menegurnya agar jangan terlampau tertekan dengan masalah-masalahnya itu," katanya.

Menurutnya lagi, berlaku pertengkaran antara dia dan mangsa pada awal pagi sebelum kejadian dan mangsa juga cuba mengugut untuk mengelar lehernya sendiri menggunakan pisau.

"Saya cuba hubungi polis tetapi telefon bimbit saya dirampas oleh suami. Saya mahu keluar namun pintu rumah di bahagian depan dan belakang telah dikunci suami.

"Saya yang keletihan kerana berniaga dari lewat petang terus masuk tidur. Namun pagi ini saya dikejutkan dengan kejadian ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Rahmat Othman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

"Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikenal pasti. Siasatan awal juga tidak menemui sebarang kecederaan fizikal kecuali di leher akibat tergantung," katanya.
 
apa la agaknya yer masaalah yang berat sangat sampai mati jer jadi last resort..
 
aduhh ai, muslim kan? stress sngt2 la tu, tp jalan dia pilih xbetul, akhirat sok, dia ulang2 blk perbuatan ni selama lamanya..
 
walaupun pahit / sakit / perit - tp kenapa perlu bunuh diri? murtad jadi nya. nauzubillah.
 
tekanan sangat'2 sampai fikiran pun dah tak berapa nak waras kot.. last'2 amek jalan mudah gantung diri sendiri..
 
gaduh sampai nak cerai kot. Tu yang payah nak handle kot. Atau kes hutang.
 
Back
Top
Log in Register