BTC USD 84,425.2 Gold USD 4,289.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JUmpa duit

macam mana kalo owner duit tu kafir laknat?niat sedekah bukan dia dapat pahala pun.hehee
aku slalu pikir kalo jumpa duit terpijak ni Allah nak bagi rezeki.rezeki dari sumber yang tak disangka2.bukan kita curi.salah ke aku pikir cam ni?

itu la... aku pun pikir macam bro la...
kalau setakat jumpa rm5, rm10 tu bleh la berfikiran rasional lg..
cuba tiba2 jumpa beg berisi duit rm 100,000??
busuk2 pun rm10,000 la... mesti ramai yang akan anggap tu rezeki..
termasuk la aku....:D
 
tu semua urusan Allah...yang penting bukan duit kita samada berjumlah RM10...RM0.05..atau RM100m.. benda bukan hak kita..tetap tak boleh kita ambik ..tu prinsip aku la..

mcmne kita tahu ia bukan hak dan bukan rezeki kita?
mungkin itu rezeki kita yg tuhan nk bagi.
org yg hilang tu bukan rezeki la kot.

entah.
 
mcmne kita tahu ia bukan hak dan bukan rezeki kita?
mungkin itu rezeki kita yg tuhan nk bagi.
org yg hilang tu bukan rezeki la kot.

entah.

Kena faham apa itu rezeki..rezeki ialah sesuatu yang kita berusaha utk mendapatkannya dan sudah semestinya dengan izin Allah.. ungkapan reszeki terpijak tu tak ada sebenarnya..lagipun jelas dan nyata..duit atau benda yang memang bukan milik kita...kita tak boleh ambik...
 
Kena faham apa itu rezeki..rezeki ialah sesuatu yang kita berusaha utk mendapatkannya dan sudah semestinya dengan izin Allah.. ungkapan reszeki terpijak tu tak ada sebenarnya..lagipun jelas dan nyata..duit atau benda yang memang bukan milik kita...kita tak boleh ambik...

mcm mana pula anak org kaya dapat duit dr mak bapak mereka..dia tak usaha pun...mcm mana pula yg dapat duit wasiat...:D:D:D:D

rezeki kita ada dua...makam asbab dan makam tajrid
 
Assalammualaikum...

pada satu hari yang panas...aku sedang menunggang motosikal antik ku ke kedai..on the way pulang ke rumah...semasa berhenti di simpang jalan aku terperasan sekeping duit RM10 di atas jalan sebelah kaki kiri ku. Aku pun ambik sambil mata melingas ke sana ke mari mencari kot2 ada tuan punya nya. Nak berhenti lama2 tak boleh sebab tengah jalan...so aku pun simpan dulu duit tu dalam poket dan pulangke rumah. Aku nak pakai duit tu..duit orang...mungkin orang tu dlm poket dia ada rm10 tu saja..tiba2 ilang..kesiannya pikir aku. Tapi aku nak pulangkan pada siapa? nak guna sesekali tak akan aku guna kerana ia bukan milik aku.
Tiba2 aku dpt idea...keesokkan harinya...hari JUmaat. Aku dengan niat sedekah bagi pihak tuan yang kehilangan duit tu...aku masukkan kedalam tabung rumah anak2 yatim yang ada di pintu masjid..baru la rasa lega hati aku ni.

So...aku cuma nak tanya..adakah keputusan aku ni betul atau engkorang rasa ada cara lain...maklumlah kit ani manusia yang serba lemah....dan bnyk kekurangan dan pengetahuan.. sekian saja dulu... Assalammualaikum

SoalJawabAgama Rasulullah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat." Hadith Riwayat Bukhari

Assalamualaikum,Saya ingin bertanya mengenai permasalahan terjumpa wang di tengah jalan. Mengenai perkara ini, saya dapat tahu sekiranya terjumpa wang, kita dimestikan untuk menyebarkan mengenai wang tersebut selama setahun dan sekiranya tiada siapa yang menuntut wang tersebut, kita boleh melakukan perkara seterusnya.(Sila betulkan saya sekiranya tersilap). Apa yang ingin saya tanya ialah, sekiranya orang yang terjumpa wang tersebut dan mengutipnya kerana bimbang wang itu akan dikutip oleh orang yang tidak bertanggungjawab sebagai contoh penagih dadah dan sebagainya lalu wang tersebut terus dimasukkan ke dalam tabung masjid tanpa menyebarkan tentang kehilangan wang tersebut, apakah boleh dibuat begitu dan apakah hukumnya menurut agama sekiranya dilakukan sedemikian. Sila beritahu saya. Terima kasih. Admin | March 17, 2012 | Leave your comment

Wa’alaikumussalam wbt..Wang yang telah dijumpai dan tidak diketahui pemiliknya, wang tersebuthendaklah diiklankan kepada orang ramai selama setahun. Jika tidakdijumpai juga pemiliknya, wang tersebut hendaklah diserahkan kepadaBaitulmal untuk manfaat orang ramai.
 
lau setakat RM50 kebawah,leh wat kira agi ..tapi lau RM100 keatas tu, berderau iman.. pulak-pulak zaman barang mahal ni, setidak2nya lepas gak duit minyak ngan topup..
 
Haritu aku jumpa RM50 kat ampang park. Terus aku hantar ke reception counter. Apa diorang nk buat terpulang la. Tapi yang penting anak aku nampak dan harap2 dia tiru perbuatan aku tu kalau dia pulak jumpa duit esok2.

Lagipun, katakan la, korang kutip duit masuk poket pastu rupa2nya ada cerita kandid kamera, malu wooo... :D
 
kalau terjumpa duit, seboleh-bolehnya jgn ambik sbb bila kita ambil maka kita bertanggungjawab atas duit tersebut. mcm ada yg post tadi ambil masa setahun utk kita iklankan mengenai kehilangan duit tu, lps tu kalau takda juga kena bagi baitul mal. selama waktu tersebut diiklankan dan urusan ke baitul mal tu yg ambil duit tu bertanggungjawab.#:-S
 
Back
Top
Log in Register