BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jumpa buaya besar dalam parit

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
buaya.transformed.jpg


Banting: Seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter ditemui dalam parit Jalan Bukit Perah, Kampung Olak Lempit, Banting, kira-kira 9.40 malam tadi.

Reptilia itu ditemui orang awam sebelum mereka menghubungi anggota bomba dan penyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya merima panggilan kira-kira 9.40 malam dan tiba di lokasi 20 minit kemudian.

Menurutnya, operasi membabitkan 10 anggota bomba itu mengambil masa kira-kira 45 minit untuk menaikkan buaya terbabit.

"Buaya itu ditangkap menggunakan tali penjerut dan dinaikkan dengan kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan selamat.

"Buaya itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/45239#sthash.pK8HegKK.dpuf
 
Sesat jalan masa nak gi kedai kot... pastu terjatuh dalam parit.. kesian...
 
Naib baik budak2 zaman sekarang main game dalam rumah sahaja seharian.

Kalau budak2 dulu dah kena ngap ni masa main lumba kapal longkang.
 
bahaya jgk nie
buaya dh men dlm parit je
 
perghhh banting tuu..ngeri ak
 
area rumah aku tu...

belakang tu sungai.. tp jauh jgk...

ni mesti sesat masa air besar..
 
Back
Top
Log in Register