BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jumpa bangkai tikus, urungan najis tikus dan lipas: MBPP arah medan selera tutup 14 hari

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
6174612179672745148_121.jpg


Jumpa bangkai tikus, urungan najis tikus dan lipas: MBPP arah medan selera tutup 14 hari


GEORGETOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan sebuah medan selera di Pulau Tikus, di sini, ditutup selama 14 hari bermula semalam selepas hasil pemeriksaan menemui bangkai tikus dan urungan najis tikus serta lipas.

MBPP dalam satu kenyataan, hari ini, berkata pihaknya menjalankan operasi kebersihan di kedai kopi berkonsepkan medan selera itu, semalam, dan mendapati kebersihan premis terbabit tidak mencapai tahap memuaskan.

"Mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 38(1) Establisymen Makanan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) 1991, arahan penutupan itu adalah berdasarkan faktor markah penilaian kebersihan gred premis yang tidak mencapai tahap memuaskan dan penemuan bangkai tikus serta urungan najis tikus dan lipas.

"Ketika pemeriksaan, pegawai MBPP turut mendapati sebuah gerai yang menyewa di medan selera itu berada dalam keadaan uzur dengan bau meloyakan," katanya.

Kenyataan itu memaklumkan, pegawai Jabatan Pelesenan MBPP turut memberikan teguran serta khidmat nasihat kepada pengusaha medan selera terbabit.

"Antara tindakan disyorkan ialah kawalan serangga secara berkala, penyediaan perangkap minyak yang sempurna, penggantian bumbung gerai yang uzur serta pematuhan larangan penggunaan penyedut minuman plastik.

"Semua pengusaha makanan dinasihat menitikberatkan aspek kebersihan, terutama di bahagian dapur, stor penyimpanan bahan mentah serta sistem perangkap minyak bagi memastikan makanan disediakan adalah selamat untuk pelanggan," menurut kenyataan itu lagi.

Artikel Berita Harian

6174612179672745138_121.jpg

6174612179672745139_121.jpg

6174612179672745140_121.jpg

6174612179672745142_121.jpg

6174612179672745141_121.jpg

6174612179672745144_121.jpg

6174612179672745143_121.jpg

6174612179672745145_121.jpg

6174612179672745146_121.jpg

6174612179672745147_121.jpg
 
Back
Top
Log in Register