BTC USD 85,175.8 Gold USD 4,138.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jujur Dalam Berniaga

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
Pagi ini saya masih nak cakap tentang penjual nasi lemak. Dan lagi sekali, saya mohon maaf ya jika ada yang terasa. Saya tiada dendam peribadi terhadap mana-mana peniaga nasi lemak.

Disebabkan saya banyak belajar melalui pemerhatian, peniaga nasi lemak ini ada memberi pengajaran hidup yang saya rasa perlu saya sampaikan.

Pernah satu pagi, ketika saya beli nasi lemak, saya pesan sepuluh bungkus kesemuanya dan minta sambal diasingkan. Maklumlah, di rumah ada anak kecil.

Saya perhatikan ketika disenduk sambal ke dalam plastik, yang dimasukkan adalah sebanyak 7 senduk. Memandangkan tiada orang di sekeliling (bagi menjaga adab menegur), saya pun cakap kat akak tu,

"Kak, kenapa kak isi sambal tu 7 senduk ya? Saya kan beli 10 bungkus?".

Tanpa menjawab sepatah pun, dengan muka masam mencuka, dia tambahkan lagi sampai 12 senduk.

Ketika itu saya sedar, mungkin dia dah geram dan marah. Tak apa lah. Saya dah jalankan tugas saya menegur dengan baik.

Bukanlah kali pertama saya beli nasi di situ. Ketika saya beli dengan sambal disekalikan, saya dapat lihat setiap satu bungkus, diceduk satu senduk penuh sambal.

Dan untuk pembaca yang budiman, sebenarnya saya nak tekankan bukan soal sambal sangat pun. Secara peribadi kalau untuk saya, dapat 4 senduk sambal pun dah cukup memadai.

Pernah saya terlupa ambil bungkusan sambal, maka makanlah kami nasi lemak kosong saja. Alhamdulillah tetap syukur.

Cuma yang nak ditekankan kepada peniaga, jangan kerana perkara yang dirasakan kecil, terhumban kita ke neraka.

Terkurang bagi hak orang dengan sengaja dalam berniaga adalah termasuk dalam bab mengurangkan timbangan dan sukatan ketika jual beli. Allah sangat marah dan murka.

Risaulah kita dengan sebab perkara kecil, kita tak lepas kat sana. Biarlah terlebih, jangan berkurang. InshaAllah, Allah akan cukupkan apa yang kita rasa akan tak cukup tu.

Maaf sekali lagi ya.
Jangan marah, saya cuma nasihat.

Oh, dan sebelum saya beredar dari gerai itu, saya titipkan ucapan terima kasih dan maaf. Semoga ada kebaikan hendaknya.

Selamat pagi 😊

Khairul Kamilin
 
Beli nenas..timbang skali dgn jambul..bila serah ke pembeli,jambul di buang..
Penah sound..awak timbang skali jambul..bagi skali la jambul..walaupun aku tak makan pun jambul tu
 
Lepas tu apa reaksi penjual tu bang
Sengih kerang busuk je aa..terkesima kena tegur camtu..moga2 terbuka hati lps tu nak pikir mana baik mana buruk dlm meniaga
 
Dah dpt sambal yg 10 senduk tu jgn lah plak membazir. Jgn plak jd sedara setan
 
Back
Top
Log in Register