balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Jualan roti benggali merosot gara-gara sikap sesetengah pengilang yang tidak menjaga kebersihan. - Gambar hiasan.
< 1 / 1 >
GEORGETOWN - Sebuah syarikat membuat roti benggali mengalami kemerosotan jualan 50 peratus, berikutan pendedahan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang dalam operasinya mendapati, beberapa kilang membuat roti berada dalam keadaan teramat kotor.
Ketua Pegawai Eksekutif Maliia Bakery (M) Sdn Bhd, Kumaresan Maridass, 34, berkata, jualan roti benggali keluarannya merosot sejak pendedahan itu dua hari lalu.
Beliau berkata, pada hari biasa, kilangnya menghasilkan 1,600 buku roti benggali (satu buku mengandungi lapan ketul roti), namun menurun selepas pendedahan itu dilaporkan beberapa media.
“Permintaan terhadap roti benggali merudum secara mendadak sejak dua hari lalu berikutan pelanggan waswas dengan cara penyediaan roti.
“Akibat permintaan rendah, pengeluaran roti benggali khususnya, terpaksa dikurangkan 40 peratus atau 600 buku roti benggali,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.
Menurutnya, penjual mengambil roti dari kilangnya juga mengalami nasib sama apabila pengguna mengurangkan belian.
“Ramai pelanggan takut roti benggali yang dijual adalah dari kilang didapati kotor,” katanya.
Isnin lalu, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang memeriksa 26 kilang roti di semua daerah.
Enam kilang diarah ditutup 14 hari kerana kotor dan tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan.
Pada sidang media keesokannya, Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan negeri, Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, antara kesalahan pada premis diarah tutup ialah terdapat najis tikus, makanan dihurung lalat, peralatan memasak kotor, peti sejuk yang menyimpan makanan berkulat dan kotor, roti sudah siap diletakkan atas lantai berdekatan tong sampah dan penyapu serta tepung yang sudah diuli diletakkan atas kotak tanpa pelapik khas.
Kumaresan juga mencadangkan, Jabatan Kesihatan negeri mendedahkan nama kilang terlibat agar masyarakat tidak keliru atau bimbang kebersihan roti benggali dihasilkan kilang lain atau yang tidak terlibat.
“Tidak patut peniaga yang tidak terlibat menjadi mangsa dan terpaksa menanggung kerugian akibat kesalahan pihak yang tidak bertanggungjawab. Hukum kilang yang terbabit sahaja.
“Kami membekal roti hingga ke Kuala Lumpur. Ini menjejaskan nama syarikat kami yang baru sahaja memperbaharui sijil halal yang diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) minggu lalu,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa syarikatnya tidak tersenarai dalam enam kilang yang diarah tutup itu.
“Kami menerima banyak panggilan daripada orang ramai selain pelanggan yang bertanya mengenai perkara ini. Kami sememangnya mementingkan kebersihan bermula dari peralatan memasak, bahan yang digunakan untuk membuat roti dan sehingga kebersihan pekerja,” katanya.