BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jualan Clixster Borong

AmirHazizi

Fun Poster
Messages
362
Joined
May 7, 2010
Messages
362
Reaction score
8
Points
15
Salam warga CG sekalian...

Saya telah menjadi reseller Clixster baru sebulan beroperasi... masalahnya dulu Dealer saya janji dengan benefit yang reseller dapat amat lumayan apabila setiap pelangan kita top-up clixster diorg tiap² bulan dan reseller akan terima ID sendiri untuk register simcard tersebut...

Saya tertarik dengan benefit yang dijanjikan tu maka saya mengeluarkan modal dengan mengambil (50) starter pack serta top-up RM30 (50kpg). Anggaran modal yang telah saya keluarkan hampir 2k. Setelah saya memberi 2k tersebut maka esoknya dealer tu menelifon saya mengatakan ID kini pihak clixster tidak boleh create ID baru untuk reseller dan terpaksa menggunakan ID dealer.

Keesokkannya saya berjumpa dengan dealer itu dan ingin memulangkan semula 50 simpack serta top-up ni kerana saya tidak jadi untuk menjadi reseller dengan harapan agar saya dpt kembali refund wang saya... Dealer tu kata duit tu dah diberi kepada company clixster dan xblh di refund semula dan dealer itu suruh saya menjual semuanya stok saya untuk dapatkan kembali wang modal saya.

kini baru 2 simpack sahaja yang dapat saya jual kerana ketiadaan masa untuk keluar berjumpa orang untuk menjual product ini dan tiada semangat lg kerana benefit yang dijanjikan dahulukan kini telah menjadi lain.

Bagi perkhidmatan clixster bagi saya tiada sebarang masalah cuma masalah ini antara reseller dengan dealer sahaja tanpa melibatkan pihak clisxter.

Sekarang stok saya masih ada 38 simpack yang bernombor dan 10 simpack yang tidak bernombor untuk tujuan (MNP) dan top-up RM30 48kpg lagi. Dengan ini saya mahu membuat tawaran kepada sesiapa sahaja untuk membeli stok saya dengan harga yang murah... saya rugi sikit xper asalkan saya dapat wang saya.

Simpack serta top-up RM30 saya nak jual dengan harga RM 33.00 SAHAJA.
(Kad sim = RM 5.00 + top-up RM30 = RM 28.00)

Saya rugi sikit xper la asalkan simpack ni habis dijual.

Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya atau nak COD pon boleh.
 
Kesian nasib yang menimpa reseller Clixster
Tolong bump
 
semoga dapat menjual..
 
macam ni lah klo syarikat melayu berniaga..

dulu janji internet unlimited..

teringin gak nak beli..

sanggup minta duit pre-order sebelum launching tu..

baru 1st time company topup minx duit dulu..

macam HYIP hari tu tengok pun ada
 
semua dealer clixster mcm ni kah??? group mana??
 
bertabah la tt...dugaan....insyaAllah TT mampu jual semua...
 
jual aje t.t, kami tolong up kan.. list num sini t.t, nti ade le yg nk beli
 
Back
Top
Log in Register