BTC USD 80,892.5 Gold USD 4,393.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jualan Amal Ikan Tilapia Merah

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
12079421_895803857123486_601363646408921630_n.jpg

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

Ybhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari

Jualan Amal Tilapia Merah ini merupakan satu usaha penganjur, Persatuan Belia Masjid Selangor untuk membantu Mahaad-maahad Tahfiz mendapatkan sumber protein melalui ikan secara sumbangan ikhlas daripada pihak yang bermurah hati. Melalui usaha ini, diharapkan, penderma yang budiman dapat memberi sumbangan berupa pembelian ikan tilapia yang mana ikan-ikan tersebut akan di serahkan kepada Mahaad-mahaad Tahfiz sekitar Negeri Selangor, In Sha Allah

Kami juga membuka jualan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ikan-ikan tersebut. Sungguhpun begitu, masih lagi menjadi harapan kami, agar ada bahagian kepada penerima manafaat melalui pembelian 1:1, yakni, satu kilogram belian kepada satu kilogram sumbangan


Berikut adalah maklumat sumbangan/tempahan/ belian :

Jenis : Ikan Tilapia Merah

Harga : RM 12.00 sekilogram

Kawasan Ternakan : Kolam dengan air mengalir sepenuhnya


Penerima Sumbangan:

Mahaad-mahaad Tahfiz (terpilih) di Sekitar Negeri Selangor dan/atau Mahaad Tahfiz Pilihan Penyumbang di Sekitar Negeri Selangor

____________________________________________

Sebarang maklumbalas dan pertanyaan, sila berhubung dengan penanggungjawab dibawah, in sha Allah, kami akan membantu dengan sebaiknya:

1. En. Adi - 011.3816.2547 (panggilan & sms)

2. En. Nordin - 011.1888 8986 (panggilan & SMS)

3. En. Idwan - 012-3747452 (panggilan & SMS)

4. En. Hazwan - 017.289.7961 (whatapps)

atau boleh langsung PM kami di FB Jualan Amal Ikan Tilapia Merah,

atau emel kami di: [email protected]


Semoga Allah SWT merahmati setiap sumbangan yang di infaqkan dan hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya

Terima kasih


12195860_909886829048522_5949231979472800092_n.jpg


12188895_909886912381847_2656137195187352404_n.jpg


12243256_909887025715169_687799160027937198_n.jpg


12227766_909886735715198_222850213430454077_n.jpg

MENANGKAP IKAN​
 
12234993_911613852209153_2480109093997137816_n.jpg


12187768_911613905542481_7307267578631442346_n.jpg


12241645_911613992209139_8447917981193412992_n.jpg

Semua sumbangan akan diserahkan secara berjadual sehingga semua jumlah sumbangkan tuan/puan sempurna disampaikan kepada mereka yang layak menerima

Antara penerima sumbangan ikan:

1. Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al- Ikhlas, Kampung Pulau Meranti, Puchong

2. Rumah Anak-anak Yatim At Taqwa, Puchong

3. Madrasah Tahfiz Khairul Kalam, Jalan Kebun, Shah Alam


Usaha ini masih berjalan seperti biasa
 
12669466_951506191553252_8949146670088189243_n.jpg


12718279_951506324886572_4549144791559430601_n.jpg


12742475_951506381553233_7357516269226144489_n.jpg


12718176_951506808219857_3945751876895474388_n.jpg

Alhamdulillah, dengan izinnya, berkat doa semua para budiman, pada tanggal 14 RabiulAkhir 1437 telah berlangsung satu lawatan muhibbah dan program sumbang bakti di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Ummi Selangor melalui penganjuran program Kem Mutiara Jiwa

Pada kesempatan ini, kita bukan sahaja menyerahkan sumbangan, malah bersama-sama mencurah bakti dan tenaga di dalam membangunkan fizikal dan spiritual di sini dengan beberapa aktiviti yang telah dirancang iaitu:

> Program amal mengecat kawasan yang diperlukan

> Mengemas kawasan sekitar

> Aktiviti amal ‘ikan bakar’ bersama anak-anak di sini

> Sukaneka bersama anak-anak

> Sesi Tarbiyah dan perkongsian Ilmu:
"selami jiwa, muhasabah diri"

Jika ada daripada kalangan para budiman yang ingin memberi sumbangan ikhlas khusus kepada aktiviti ini atau lain-lain aktiviti, boleh lah berhubung langsung dengan penanggungjawab dibawah;

______________________________________

Sebarang maklumbalas dan pertanyaan, sila berhubung dengan penanggungjawab dibawah, in sha Allah, kami akan membantu dengan sebaiknya:

1. En. Adi - 010. 779.6137

2. En. Idwan - 012.374.7452

3. Sdri. Mazlina - 016.913.8831

atau boleh langsung PM kami di FB Jualan Amal Ikan Tilapia Merah,

atau emel kami di: [email protected]

Semoga Allah SWT merahmati setiap sumbangan yang di infaqkan dan hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya.

Terima kasih
 
Secebis Kisah Untuk Renungan...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Semesta Alam

Dikisahkan bahwa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, “Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.” Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik saja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahwa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabial suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, “Aku mendapat tahu bahwa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri.”

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, “Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu.” Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan

والله أعلم
______________________________________

Kepada para budiman yang ingin menghulurkan sumbangan, program ini masih berlangsung seperti biasa

Sebarang maklumbalas dan pertanyaan, sila berhubung dengan penanggungjawab dibawah, in sha Allah, kami akan membantu dengan sebaiknya:

1. En. Adi - 011.3816.2547

2. En. Nordin - 011.1888.8986

3. En. Idwan - 012.374.7452

4. En. Hazwan - 017.289.7961

atau boleh langsung PM kami di FB Jualan Amal Tilapia Merah,

atau emel kami di: [email protected]

Semoga Allah SWT merahmati setiap sumbangan yang di infaqkan dan hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya

Terima kasih
 
12308619_972556249448246_3226271851455658236_n.jpg

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

Kemaskini:

Lawatan dan Ziarah Muhibbah daripada Tuan Haji Mohd Azmi Abd Hamid (Cikgu Azmi), Presiden, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) & Tuan Haji Badarudin Bin Dawam (Setiausaha Badan Islam PKNS) pada hari Sabtu, 10 JamadilAkhir 1437h yang lalu.

Terima kasih atas sokongan dan sumbangan Pihak Tuan kepada kami
 
Back
Top
Log in Register