BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jual tin, beli gajet

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Erna Edura Mohd Radzali

image.jpg

Bersama sepupunya Yahaya yang menjadi penyebab Dura mengumpul tin.

image.jpg

Antara penutup tin yang dikumpul.

image.jpg

Koleksi aksesori wanita lama kesayangan Dura.

image.jpg

Sebahagian koleksi syiling milik Dura.

“PERNAH tak anda terfikir untuk kumpul tin aluminium dan beli gajet impian? Saya pernah! Dan sampai sekarang kalau ada tin atau barang yang boleh dikitarkan semula, pasti saya akan simpan dan jual.

"Kalau tak percaya, tengok resit tin aluminium yang saya jual. Berbaloi kan? Kerja yang mudah dan tidak memenatkan. Hanya guna, kumpul dan simpan!” kata Dura membuka bicara.

Selain menyahut seruan kerajaan untuk kitar semula, Erna Edura Mohd Radzali, 31, berpendapat mengumpul tin aluminium dan penutupnya mampu memberikan pendapatan sampingan yang lumayan sehingga RM100 ke RM150 setiap kali jualan.

Penjawat awam yang bertugas di Putrajaya ini aktif mengendalikan perniagaan online korset terkenal di laman sesawang http://www.anastasyea.com. Selain itu, Dura dibantu rakan sepejabat turut mengambil tempahan menjahit baju.

“Menjahit dan berblog adalah hobi dan minat saya yang paling utama. Sesibuk dan sepenat mana pun saya setiap hari, saya tetap akan mengemaskinikan akaun seperti mana orang lain dengan Facebook masing-masing.

“Tapi, selepas ada minat baru ni, pendapatan sampingan pun bertambah. Tak rugi satu sen pun.” sambungnya mesra.
Contohi sepupu

Dura berkata, dia mula mengumpul penutup tin minuman ini setelah melihat sepupunya, Yahaya Saliman mengumpul barang tersebut.

Dia memberitahu, sepupunya yang bertugas sebagai tentera darat itu gemar mengumpul tin dan menjualnya di tempat kitar semula. Hasil jualan itu digunakan untuk balik ke kampung mereka di Kedah.

“Sepupu saya kata setiap kali jual dia akan dapat lebih RM100. Duit itu akan digunakan untuk bayar petrol dan tol. Duit sendiri tak usik langsung.

“Masa tu saya tertanya-tanya juga macam mana tin air boleh beri pendapatan lumayan. Sehinggalah saya berkunjung ke rumahnya di Port Dickson, Negeri Sembilan. Dia memiliki satu bilik khas untuk menyimpan banyak beg plastik berisi tin minuman. Mungkin lokasi rumahnya yang dekat dengan Pantai Teluk Kemang beri dia kelebihan untuk kumpul dalam jumlah banyak,” katanya.

Ibu dua anak ini berkata, ketika bersiar-siar di Pantai Teluk Kemang, dia melihat sepupunya berjalan dan bersembang dengannya sambil memungut tin minuman. Melihat keadaan itu, secara tidak langsung dia turut membantu dan berasa seronok bila menemui tin yang dibuang di persisiran pantai itu.

Hari itu sahaja mereka menemui 25 tin minuman. Dalam masa sama, dia mula teringat akan kegemarannya sekeluarga terhadap minuman berkarbonat dalam tin. Kalau dicongak dan dikumpul, rasanya sama banyak dengan apa yang dia kutip hari itu.

Dari situlah dia memulakan minat baru untuk mengumpul tin air minuman. Tidak kira sama ada yang dibeli sendiri atau yang dijumpai di jalanan.

“Ke mana saja pergi, jika terjumpa tin minuman, saya akan kutip dan kumpul. Apabila dah banyak, saya jual untuk pendapatan sampingan sendiri dan kitar semula,” katanya.
Harga mahal

Bagi Dura, mengumpul tin air minuman berkarbonat adalah hobi mudah dan bertujuan baik, iaitu penjagaan alam sekitar.

"Ia tidak sesusah dan sekotor mengumpul barangan lusuh lain. Ia juga tidak memerlukan ruang simpanan yang luas kerana tin yang dijumpai akan dipijak sehingga leper dan padu, sebelum disimpan dalam plastik atau bekas," katanya.

Faktor harga jual balik yang mahal juga menjadi sebab dia melakukan hobi ini. Sekarang, harga semasa untuk sekilogram tin dianggarkan antara RM4 dan RM5 mengikut kawasan.

“Kalau nak tahu, penutup tin air minuman lebih mahal harganya berbanding tin. Jadi, elok diasingkan dan kumpulkansehingga banyak.

"Dalam satu masa saya pernah kumpul sebanyak 32 kilogram tin. Insya-ALLAH kalau ada rezeki saya nak buat satu stor untuk barangan terpakai,” katanya.

Kepada mereka yang gemar melakukan aktiviti sepertinya, Dura berpesan agar terus mengekalkan aktiviti sebegini supaya menjadi contoh kepada masyarakat terutama golongan muda.

"Mengumpul dan menjual tin minuman dapat menjana pendapatan sampingan yang lumayan, asalkan ada kemahuan, rajin dan mempunyai inisiatif yang tinggi terhadap minat yang ingin dilakukan.

"Daripada kita buang tin yang dibeli, eloklah simpan dan dapatkan hasil. Sikit sikit lama-lama jadi bukit,” katanya.
 
comey jugak dura ni eh
 
image.jpg

Antara penutup tin yang dikumpul.

“Kalau nak tahu, penutup tin air minuman lebih mahal harganya berbanding tin. Jadi, elok diasingkan dan kumpulkansehingga banyak.

ye ke ..aku pernah kumpul2 berkilo2 ..last2 takde pun buyer nk beli mahal2 mcm diceritakan..nk dptkan sekilo tu mau beribu2 tin baru dpt..
 
aahla nak cari buyer tu yg susah..ada siap suh pg hospital tp nak cari siapa?
 
dah 31 tp badan maintain

bagusla..biasa cina je rajin kutip tin2 ni..pg joging sambil bwk plastik..sekali die pusing penuh dh plastik tu
 
aahla nak cari buyer tu yg susah..ada siap suh pg hospital tp nak cari siapa?

tu la pasal ..harga dengar2nya beratus-ratus sekilo..pulak tu apa yg special sgt menda ni..aluminium yg sama je pun..ada org ckp, ada ejen kat spital amik..tp tanya punya tanya, takde pun ..~X(

ps: kot2 ada yg tau nk jual mana, eden ado ni ha dlm 5kg ..:D
 
byk 5kilo weh..berapa tahun punya kumpul tu

den ni baru nak masuk stgh kilo..tu pun makan tahun..mmg bole giveup kumpul benda alah ni :))
 
image.jpg

Erna Edura Mohd Radzali

image.jpg

Bersama sepupunya Yahaya yang menjadi penyebab Dura mengumpul tin.

image.jpg

Antara penutup tin yang dikumpul.

image.jpg

Koleksi aksesori wanita lama kesayangan Dura.

image.jpg

Sebahagian koleksi syiling milik Dura.

“PERNAH tak anda terfikir untuk kumpul tin aluminium dan beli gajet impian? Saya pernah! Dan sampai sekarang kalau ada tin atau barang yang boleh dikitarkan semula, pasti saya akan simpan dan jual.

"Kalau tak percaya, tengok resit tin aluminium yang saya jual. Berbaloi kan? Kerja yang mudah dan tidak memenatkan. Hanya guna, kumpul dan simpan!” kata Dura membuka bicara.

Selain menyahut seruan kerajaan untuk kitar semula, Erna Edura Mohd Radzali, 31, berpendapat mengumpul tin aluminium dan penutupnya mampu memberikan pendapatan sampingan yang lumayan sehingga RM100 ke RM150 setiap kali jualan.

Penjawat awam yang bertugas di Putrajaya ini aktif mengendalikan perniagaan online korset terkenal di laman sesawang http://www.anastasyea.com. Selain itu, Dura dibantu rakan sepejabat turut mengambil tempahan menjahit baju.

“Menjahit dan berblog adalah hobi dan minat saya yang paling utama. Sesibuk dan sepenat mana pun saya setiap hari, saya tetap akan mengemaskinikan akaun seperti mana orang lain dengan Facebook masing-masing.

“Tapi, selepas ada minat baru ni, pendapatan sampingan pun bertambah. Tak rugi satu sen pun.” sambungnya mesra.
Contohi sepupu

Dura berkata, dia mula mengumpul penutup tin minuman ini setelah melihat sepupunya, Yahaya Saliman mengumpul barang tersebut.

Dia memberitahu, sepupunya yang bertugas sebagai tentera darat itu gemar mengumpul tin dan menjualnya di tempat kitar semula. Hasil jualan itu digunakan untuk balik ke kampung mereka di Kedah.

“Sepupu saya kata setiap kali jual dia akan dapat lebih RM100. Duit itu akan digunakan untuk bayar petrol dan tol. Duit sendiri tak usik langsung.

“Masa tu saya tertanya-tanya juga macam mana tin air boleh beri pendapatan lumayan. Sehinggalah saya berkunjung ke rumahnya di Port Dickson, Negeri Sembilan. Dia memiliki satu bilik khas untuk menyimpan banyak beg plastik berisi tin minuman. Mungkin lokasi rumahnya yang dekat dengan Pantai Teluk Kemang beri dia kelebihan untuk kumpul dalam jumlah banyak,” katanya.

Ibu dua anak ini berkata, ketika bersiar-siar di Pantai Teluk Kemang, dia melihat sepupunya berjalan dan bersembang dengannya sambil memungut tin minuman. Melihat keadaan itu, secara tidak langsung dia turut membantu dan berasa seronok bila menemui tin yang dibuang di persisiran pantai itu.

Hari itu sahaja mereka menemui 25 tin minuman. Dalam masa sama, dia mula teringat akan kegemarannya sekeluarga terhadap minuman berkarbonat dalam tin. Kalau dicongak dan dikumpul, rasanya sama banyak dengan apa yang dia kutip hari itu.

Dari situlah dia memulakan minat baru untuk mengumpul tin air minuman. Tidak kira sama ada yang dibeli sendiri atau yang dijumpai di jalanan.

“Ke mana saja pergi, jika terjumpa tin minuman, saya akan kutip dan kumpul. Apabila dah banyak, saya jual untuk pendapatan sampingan sendiri dan kitar semula,” katanya.
Harga mahal

Bagi Dura, mengumpul tin air minuman berkarbonat adalah hobi mudah dan bertujuan baik, iaitu penjagaan alam sekitar.

"Ia tidak sesusah dan sekotor mengumpul barangan lusuh lain. Ia juga tidak memerlukan ruang simpanan yang luas kerana tin yang dijumpai akan dipijak sehingga leper dan padu, sebelum disimpan dalam plastik atau bekas," katanya.

Faktor harga jual balik yang mahal juga menjadi sebab dia melakukan hobi ini. Sekarang, harga semasa untuk sekilogram tin dianggarkan antara RM4 dan RM5 mengikut kawasan.

“Kalau nak tahu, penutup tin air minuman lebih mahal harganya berbanding tin. Jadi, elok diasingkan dan kumpulkansehingga banyak.

"Dalam satu masa saya pernah kumpul sebanyak 32 kilogram tin. Insya-ALLAH kalau ada rezeki saya nak buat satu stor untuk barangan terpakai,” katanya.

Kepada mereka yang gemar melakukan aktiviti sepertinya, Dura berpesan agar terus mengekalkan aktiviti sebegini supaya menjadi contoh kepada masyarakat terutama golongan muda.

"Mengumpul dan menjual tin minuman dapat menjana pendapatan sampingan yang lumayan, asalkan ada kemahuan, rajin dan mempunyai inisiatif yang tinggi terhadap minat yang ingin dilakukan.

"Daripada kita buang tin yang dibeli, eloklah simpan dan dapatkan hasil. Sikit sikit lama-lama jadi bukit,” katanya.

Kos minum air gas tu lebih tinggi drpd apa yg dia kutip tu. Cadangan aku teruskanlah hasrat murni kitar semula dan berhentilah minum air gas agar lebih jimat dan kesihatan terjaga..:)

p/s: aku pun jenis org yg pantang melihat bahan2 terbuang dan penyokong no 1 kitar semula..:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register