BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jual dara untuk selamatkan abang

NEMO

CG Super Hardcore Club
gemgemgem
Messages
109,177
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,177
Reaction score
1,046
Points
1,101
18hmsubway.jpg_1479429108.jpg


Hangzhou (China): Seorang pelajar perempuan di sini cuba menjual dara kerana terlalu terdesak untuk mendapatkan wang bagi membiayai rawatan abangnya yang menghidap leukemia.

Pelajar yang dikenali sebagai Xu Yanhua, 19, dilihat berada di dalam kereta api di sini dan memegang sepanduk bagi menjual dirinya pada harga 200,000 yuan (RM127,676).

Sepanduk itu tertulis, “Rawatan itu mencecah lebih 200,000 yuan dan keluarga saya tidak mampu. Ada sesiapa yang baik hati yang boleh menyelamatkan abang saya.”


Portal berita 63.com melaporkan, Yanhua turut mendakwa memiliki surat dari doktor bagi membuktikan dia masih dara.

Yanhua memberitahu wartawan, abangnya yang berusia 23 tahun disahkan menghidap leukemia tiga tahun lalu dan keluarganya terlalu miskin untuk menampung kos rawatan berkenaan.

Katanya, keluarganya menggunakan semua wang simpanan untuk prosedur pemindahan tulang sumsum tetapi abangnya menunjukkan kesan negatif.

“Kesihatan abang saya semakin menurun dan saya tiada pilihan lain untuk mencari wang bagi menyelamatkannya,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini tiada yang tampil untuk membantunya.

Wartawan 63.com yang melawat abang Yanhua di Hospital Rakyat Zhejiang mendapati keadaan kesihatan lelaki itu semakin menurun.

Kuku lelaki itu mula tercabut dan dia juga tidak boleh mengalirkan air mata lagi.

Apa yang menyedihkan, dia dan keluarganya tidak mengetahui Yanhua mahu menjual dara untuk menyelamatkannya. - Agensi
 
jiran aku katalah..
di malaysiaku...dara free wechat pon ada...
 
sane rasenye ramai je jutawan. dierang duk tgok je ke?
 
ini antara pengorbanan yg sgt2 tinggi, sapo snggup nk jual maruah utk slmtkan org tersayang?

tapi dlm Islam xleh la buek cmni... dio xleh minta tlg derma via FB ko?
 
Back
Top
Log in Register