BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jual cucu dalam Facebook

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
PUNJAB - Seorang datuk di sebuah perkampungan Punjab, India, bertindak menjual cucu yang baru tiga hari dilahirkan oleh anak perempuannya menerusi laman sosial Facebook.

Menurut pegawai, Firoz yang dipercayai memerlukan wang, sebelum itu memaklumkan kepada anaknya, bayi berkenaan meninggal dunia sejurus dilahirkan di sebuah hospital dekat sini, awal April.

Bayi lelaki yang belum dinamakan, dibeli oleh seorang ahli perniagaan di New Delhi pada harga Rs80,000 (RM45,231) melalui rundingan jual beli di laman Facebook.

Firoz dipercayai ditawarkan Rs 45,000 (RM2,576) oleh seorang jururawat hospital bersama rakan sindiket pemerdagangan kanak-kanak.

Bagaimanapun menurut petikan daripada MailOnline, tindakan Firoz terbongkar selepas ibu bayi berkenaan, Noora membuat laporan polis kerana meragui wang yang diperoleh bapanya sekali gus membongkar jenayah itu di India.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/jual-cucu-dalam-facebook-1.154230
 
tergamak atuk dia jual.gila la.tgk nama mcm islam.
 
tergamak atuk dia jual.gila la.tgk nama mcm islam.
Dah terdesaklah gaknya......Nampaknya facebook telah disalahgunakan utk perkara2 yang bukan sepatutnya.
 
x rasa sayang ke tengok cucu tu?
anak sedara pun aku da sayang, apalagi kalo ada cucu.huhu
 
Apalah, jual cucu dalam Facebook pula, pasti kena tangkap la Facebook publik ini.
 
apela nk jadi dunia sekarang ni
 
yg heran tu ada yg nak beli mahal2 smpi 30-40k..kan elok buat sendiri

wt ivf pn xdela mahal cmtu sekali
 
RS 80,000 = RM 45,231

RS 45,000 = RM 2,576

Wartawan x blajar math eh?

Atau dia ikut nilai matawang timeframe t1? Cepat bebenor bergerak.
 
Back
Top
Log in Register