BTC USD 85,175.8 Gold USD 4,138.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jual beli haram

UiqueSpect

Active Member
Messages
1,001
Joined
Jan 11, 2006
Messages
1,001
Reaction score
23
Points
25
Askum semua...

nak kongsi sikit mende nie sebab ramai yg meniaga kan kat sini

JUAL BELI HARAM TETAPI SAH

1. Menjual sesuatu barang setelah berjaya mempengaruhi pembeli untuk membatalkan keputus pertamanya hendak membeli daripada orang lain.(ni biase berlaku pada org kite byk sgt dengki)

2. Menawarkanj barang untuk dijual setelah pembeli membuat keputusan untuk membeli daripada peniaga lain ataupon menawar untuk membeli setelah penjual membuat keputusan untuk menjual kepada orang lain.(ni pon biase gak nih)

3. Peniaga membeli barang daripada orang kampung yang sedang dalam perjalanan membawa ke bandar untuk dijual tidaklah ditegah sekiranya dibeli dengan harga yang sama di bandar. (kalau situasi sekang nih kirenye kalo korang dpt offer pakai orang dalam untuk beli harga kilang sebelum dijual)

4. Peniaga di bandar mengambil alih perniagaan orang dari kampung yang hendak menjual sendiri hasil tempatannya di bandar.(contoh PETRONAS haha)
Tetapi tidaklah ditegah sekiranya jualan itu bertujuan menolong orang kampung supaya jangan tertipu.(hampes ganu tarak pa pon dapat)

Sabda Rasulullah S.A.W yg diriwayatkan oleh Abu Daud:
"Orang bandar janganlah menjual bagi pihak orang kampung, biarlah orang mendapat rezeki daripada Allah sesama mereka"

5. Menawar sesuatu barangan bukan dengan tujuan hendak membeli tetapi semata-mata untuk menggemarkan pembeli lain supaya membeli barang itu dengan harga yang tinggi atau menggemarkan penjual lain supaya menjual barangnya dengan harga rendah. Perbuatan seperti ini dinamakan al-nasyj iaitu cara penipuan(SCAM)

6. Jual beli yang memisahkan antara ibu & anak.

7. JUAL BELI WAKTU SOLAT JUMAAT bermula dari AZAN KEDUA hingga selesai sembahyang Jumaaat.

Jual beli di atas adalah sah jika mengikut rukun dan syarat tetapi haram jika terdapat perkara2 yg tidak bersih yg menjejaskan kejujuran perikemanusiaan dan waktu ibadah.
Walaupun jual beli menyentuh perkara material, Islam tidak mengenepikan nilai moral dlm bdg perniagaan.

ISLAM JUGA TIDAK MENGHADKAN KADAR KEUNTUNGAN YANG BOLEH DIAMBIL DLM SESUATU JENIS PERNIAGAAN SELAGI PERNIAGAAN ITU TIDAK TELIBAT DENGAN PERKARA2 YANG DITEGAH OLEH SYARAK.

Menghadkan harga barang ialah keengganan Rasulullah s.a.w berbuat demikian ketika harga barang meningkat naik pada satu masa dan para sahabat meminta Baginda menghadkannya,Sabda Baginda
"Bawasanya Allah shj yang menetapkan harga,menyekat,menghulur dan memberi rezeki.Aku berharap akan bertemu dengan Allah kelak dan tiada seorang pon dari kamu mendakwa aku mengenai sesuatu kezaliman dalam perkara jenayah atau mal"
(Riwayat Abu Daud,AlTarmizi & Ibnu Majah.Kata Al-Tarmizi,
"Hadith ini Hadith Hasan & Sahih")
-bab ni kerajaan kita banyak main harga kan kan kan.

Monopoli atau spekulasi ke atas barang perlu seperti sabda Rasulullah s.a.w
"Orang yang monopoli adalah bersalah"
(Riwayat Muslim)
- yang ni kurang jelas ayat die...aku pon tak paham

Nanti aku buat sambungan JUAL BELI HARAM DAN TIDAK SAH ..

Harap jadi pedoman untuk kite berniaga...jangan jadi scammer cam aku:D:D:D:D
 
Last edited:
7. JUAL BELI WAKTU SOLAT JUMAAT bermula dari AZAN KEDUA hingga selesai sembahyang Jumaaat.

Byk berlaku ni....
 
Tuh contoh yang aku selit tuh.. ikut otak aku jerkk...
korang pakai akal la pikir...akal aku ni sempit jugak kekadang...

hehehe
 
JUAL BELI HARAM DAN TIDAK SAH

1. Jual beli yang mengandungi riba.

2. Jual beli bahan najis kerana ia dianggap mal oleh syarak.

3. Jual beli secara sentuhan iaitu si pembeli tidak melihat barang itu tetapi hanya menyentuh salah satu bhgn drpdnya shj. Jual beli ini tidak sah kerana barangnya tdk jelas kpd pembeli.

4. Jual beli campak iaitu penjual hanya mencampak kpd pembeli bbrp barang yg mana salah satu drpdnya shj hendak dijual tanpa menerangkan yg mana yg dimaksudkan dn berapa harganya.(pompuan biase uat gini..hehe)

5. Jual beli baling batu iaitu pembeli membaling batu kpd brg yg hendak dibeli yg diletak bersama-sama dgn brg lain.Mana2 brg yang terkena batu itu menjadi haknya. Ini merupakan perjudian.(teringat aku funfair)

6. Jual bayaran secara tangguh kpd masa kelahiran anak iaitu menjadikan masa kelahiran anak seekor binatang iaitu masa yg tidak dpt dipastikan sbg tempoh pembayaran jual tangguh.

7. Jual janin dlm kandungan yg tidak diketahui sifatnya.

8. Jual benih binatang yg termasuk di dalam jualan barang yg tidak diketahui.

9. Jual buah-buahan yg belum sesuai untuk dimanfaatkan.

Kalu pikir pakai otak maknenye dlm Islam nih kalau nak beli ape2 sebagai pembeli kenalah tahu sifat dan jenis barang kita nak beli.Lepas tuh barang tuh haruslah barang yang boleh dimanfaatkan untuk kita..gitu ke?? sesama kite renungkan...

jangan jadi scammer cam aku
 
Mudah-mudahan dijauhi dari perkara sebegitu...
 
wah bagus2...keep it up bak kate omputih
 
yg aku bold tu, kire haram ke?
kalo org jual benih ikan tu cemane?

kan byk org jual skg
 
Back
Top
Log in Register