BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ Diarah Laksana Operasi Penguatkuasaan Di LTSIP - Loke

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
b0534d6c487a75014169c1c5f5c133ab69d35ef5496c6


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diarah untuk menjalankan operasi penguatkuasaan secara besar-besaran di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), di sini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata tindakan itu bagi mengekang kelakuan golongan mat rempit yang seakan menjadikan litar lumba di depan balai pelepasan terminal.

Beliau berkata berita mengenai kejadian itu bukan sahaja menyedihkan tetapi ia sangat memalukan.

“Saya telah mengarahkan Pengarah Penguat Kuasa JPJ untuk menjalankan operasi penguatkuasaan secara besar-besaran di kawasan tersebut.

“Sesiapa yang berani merempit di depan lapangan terbang akan disita terus motosikal mereka,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

Loke berkata kejadian itu tidak sepatutnya berlaku, memandangkan kerajaan Persekutuan telah membelanjakan hampir RM450 juta untuk menaik taraf LTSIP.

Beliau berkata perbelanjaan itu untuk memastikan perhubungan udara yang lebih baik untuk Kelantan dan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi rakyat, serta menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

“Kelakuan golongan mat rempit ini di depan balai perlepasan terminal baharu tersebut bukan sahaja membahayakan nyawa orang ramai yang menggunakan lapangan terbang tersebut, malah boleh dikatakan sebagai tindakan sabotaj terhadap keselamatan dan ekonomi negeri.

“Saya juga telah meminta pihak pengurusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk memperketatkan laluan masuk dan keluar ke bangunan terminal untuk membendung gejala ini,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register