BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jom kenali RileksCrew

boey

Legendary Member
gem
Messages
15,508
Joined
Oct 10, 2007
Messages
15,508
Reaction score
57
Points
120

Jom kita sama2 baca RileksCrew Rulez

1) MOTIF

- Kami bukan suka-suka untuk HACK FB org dan HACK FB org bukanlah hobi kami.

- Kami adalah SECURITY TESTER yg menjalankan kerja-kerja mencari kelemahan I.T di FB

- Kami cuba untuk menyelamatkan FB anda jatuh ke tangan org yg tidak bertanggungjawab

- Kami ingin berkongsi kepada anda ciri keselamatan yg perlu diambil ketika ONLINE.

- Kami bertindak untuk menyedari bertapa tingginya risiko anda mendedahkan terlalu banyak info peribadi di internet.

- Kami cuba mengekalkan niat untuk membantu anda terus selamat di dunia siber.

2) CARA KAMI

- Kami SECURITY TESTER tidak sesekali menggunakan sebarang SOFTWARE / TOOLS untuk HACK mana-mana account Facebook. Kami menggunakan method SOCIAL ENGINEERING bagi mengenalpasti setiap kelemahan yang boleh diperbaiki oleh sipemilik account FB tersebut.

3) PENAFIAN

- Kami tidak bertanggungjawab diatas segala kehilangan yang berlaku selepas pengambilalihan dari pihak kami dari mana-mana account Facebook yang telah diambil alih.

- Kami juga tidak sesekali membuang, mendelete atau menjahanamkan account FB anda.

- Kami tidak bertanggunjawab diatas segala KOMEN / POST dari Friends / Fan account FB anda.

- Kami tidak menjual segala info peribadi anda kepada pihak ketiga.

- Kami tidak ingin untuk memiliki account anda lebih dari 10 hari melainkan tuntutan tidak diterima.

4) Ambil Alih

- Setiap pemilik sebenar account FB yg diambil alih oleh pihak kami boleh dituntut 24jam selepas pengambilalihan berlaku.

- Setiap tuntutan akan diproses dalam masa 3 hari bekerja.

- Pemilik sebenar account FB boleh menghubungi pihak kami melalui email: rilekscrew [at] yahoo [dot] com

- Pemindahan hak milik kepada pemilik sebenar mungkin dilanjutkan jika beberapa faktor yang tidak menyenangkan pihak kami diterima seperti MAKI HAMUN, FITNAH, CEMUHAN dan sebagainya.

- Account FB yg tidak dituntut dlm masa 10 hari seterusnya akan diambil alih 100% atau di delete.

- Account FB yg melampaui batasan KUTUKAN dan KOMEN NEGATIVE kpd pihak kami juga akan di DELETE

5) SIAPA KAMI?

- Kami hanyalah insan-insan biasa yang lemah lagi xberdaya untuk melawan kuasa ALLAH SWT.

- Kami adalah SECURITY TESTER, SECURITY ADMIN, SECURITY GUARD, NETWORK SECURITY & IT Security.

- Kami tergolong dalam Pihak WHITE HAT.

- Kami adalah berkumpulan dan setiap tindakan kami diawasi oleh ketua-ketua kami.

- Kami bukan penjenayah mahupun pencuri dan juga tidak boleh digelar sebagai penyangak.

- Kami bukan professional tetapi kami boleh menjadi professional.

- Kami tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak Badan Kerajaan mahupun Badan Bukan Kerajaan.

- Kami budak baik.. hehehe..

6) DAKWA KAMI?

- Kami tidak berhak menerima mana-mana dakwaan yang diajukan kepada kami oleh mana-mana pihak kerana kami tidak sesekali melakukan sebarang jenayah cyber spt yg telah dijelaskan di atas.

- Kami menjalankan aktiviti MENCEGAH dan MENYELAMAT untuk anda secara percuma dan terbuka di perkhidmatan percuma yang disediakan oleh FACEBOOK dimana TERMS & PRIVACY telah pun di perjelaskan sendiri oleh Facebook.

- Tidak ada kerosakkan yang berlaku di Server Facebook dalam apa jua bentuk.

- Kami hanya mengambilalih SEMENTARA account Facebook dan ini tidak boleh disama ertikan dengan pencerobohan.


Pesanan Singkat a.k.a p/s dari JackSparrow:


Pesanan Singkat a.k.a p/s dari Kambeng Merah:

Mark Zuckerberg bukan dari Malaysia dan dia ni umpama DAJAL..

Kaji semula tentang dajal dan cuba cari persamaannya.

Terima Kasih,

Yang Menaip

Kambeng Merah

Al-Fatihah untuk salah 1 anggota RileksCrew iaitu Arwah Tok - M atau pun CG ID syafsp

 
Last edited:
kalo akaun korang kena hack oleh Hacker luar negara korang boleh minta bantuan kat diorang nie untuk dapatkan balik akaun korang.

Kalo korang baca betul2, diorang ni bukannya Hacker2 jahat pon


 
cam kojer bdk2 x-bukit beruang jer???hehehehe
 
dah ada akaun fb yg pernah kena hack dgn diorang ini ke?
 
kalo akaun korang kena hack oleh Hacker luar negara korang boleh minta bantuan kat diorang nie untuk dapatkan balik akaun korang.

Kalo korang baca betul2, diorang ni bukannya Hacker2 jahat pon



ati kiut ape hacker ni.. cooll :)paid
 
kihkihkih... zaman2 den men deface2 front page dah berakhir.. tapi bila ingat balik, macam poyo jgak.. hahaha

bagus, nanti dah bosan sikit belajar plak real security ek..linux kernel, buffer overflow dll..

harap rilekscrew terus maju.. yahooo!!!
 
Back
Top
Log in Register