BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Jom Boikot Pengusaha Cina

goodfriday

Freshie
Messages
19
Joined
Mar 29, 2013
Messages
19
Reaction score
0
Points
3
NGO Melayu gesa boikot perniagaan dimiliki Cina


* Ahmad Fadli KC
* 1:37PM Mei 14 2013



Beberapa NGO Melayu tampil menggesa kaum itu memboikot perniagaan dan produk terkenal milik pengusaha Cina kerana didakwa mendanai pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan entititi perniagaan itu telah memecahkan perpaduan dalam negara.

Sambil menempelak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nadzim berkata, langkah itu juga bertujuan menghantar signal kepada syarikat-syarikat berkenaan agar "jangan kurang ajar".

Perniagaan yang mahu diboikot termasuk dua rangkaian kedai makan, rangkaian pasar raya serta jenama roti dan tepung terkenal.

Sementara itu, kenyataan bersamanya gabungan itu yang diedarkan menyebut, ia langkah mudah tetapi berkesan bagi mengekang Anwar daripada terus "menghasut rakyat" dan DAP daripada memperalat orang Cina.

Nadzim bagaimanapun berkata boikot itu buat masa ini ditujukan kepada lima syarikat sahaja kerana dikhuatiri akan menjejaskan kehidupan seharian jika dilakukan secara besar-besaran.

"Kalau kita boikot semua mungkin kita pun tak dapat meneruskan kehidupan," katanya.

Rezeki ditentukan Tuhan

Ditanya tentang kemungkinan kempen itu menjejaskan mata pencarian orang Melayu yang bekerja dengan perniagaan terbabit, Nadzim menegaskan rezeki ditentukan Tuhan dan orang Melayu perlu "membuang keraguan mereka pada Allah".

"Kalau dua tiga syarikat (sahaja diboikot), tak ada masalah.

"Rezeki Allah nak bagi. Kita mahu orang Melayu jangan bertanya (perkara ini) lagi, kita buangkan keraguan kita pada Allah," ulasnya.

Beliau turut menyeru orang Melayu agar terus memperkukuh kedudukan ekonomi mereka agar terus dihormati oleh orang-orang Cina.

"Ini undang-undang alam, kalau kita lemah, kita miskin orang tak hormat kita.

"Kalau orang Cina tak hormat kita kerana kita lemah, itu satu kebiasaan," katanya.

Antara ahli gabungan NGO tersebut yang dinamakan Gabungan NGO Islam 1Malaysia itu adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Suara Anak Muda 1Malaysia, dan Majlis Belia Palestin Malaysia.

Malaysiakini sedang menghubungi syarikat yang dimaksudkan NGO berkenaan untuk maklum balas.
 
mod boleh merge thread ni
 
aku sokong kalo boikot nak menaikkan ekonomi orang islam dan melayu.

tapi boikot sbb undi pr?
cakap demokrasi.
apeda....
 
dh lama boikot..produk islam kn ade..produk org cina ni blom tentu halal...dh nme pon penipu...
 
aku harap yang nak boikot tu btl2 boikot 100%,kalau korang terer la haha
 
Statement paling cerdik di Malaysia....:D .... hanya tahu tiup perkauman saja... buat cara silent boleh tak?.... nak orang beli kedai melayu mudah saja...

jual pada harga yang sama mcm cina jual ... nak lagi baik... jual lagi murah dari cina...

penjual tolong menjimakan pembeli... pembeli tolong lariskan barang penjual... baru win-win situation...:)cgrock
 
Statement paling cerdik di Malaysia....:D .... hanya tahu tiup perkauman saja... buat cara silent boleh tak?.... nak orang beli kedai melayu mudah saja...

jual pada harga yang sama mcm cina jual ... nak lagi baik... jual lagi murah dari cina...

penjual tolong menjimakan pembeli... pembeli tolong lariskan barang penjual... baru win-win situation...:)cgrock

ya cerdik mcm lembu
 
Back
Top
Log in Register