BTC USD 82,589.2 Gold USD 4,118.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

` Jom Apply Jom !!! [THREAD CLOSED]

pukul 5 saya ada di tmrnd cyberjaya.. jgn berlengah lagi.. jom apply jom!

pemohon luar kawasan usah khuatir dong.. bule sms detail anda pada saya dan saya akan poskan borang kepada anda utk di isi!!

detail yg di perlukan
1. nama
2. alamat
3. no henfon
4. emel
5. status ada kad kredit / tiada
6. sektor - kerajaan/swasta/kerja sendiri

ainul
0197294501
 
cuaca panas thread jomapplyjom pun panas.. :D satu revolusi terkini permohonan kad kredit islamik - no riba² ok. di jamin halal.. :D


mari minum petang sat. pekena pisang goreng n teh tarik :)paid
 
Salam, nak tanya, kalo balances transfer boler ker ? Bole dpt 0% ? pm me k.
 
Salam, nak tanya, kalo balances transfer boler ker ? Bole dpt 0% ? pm me k.

hehe sure bule bro.. lepas apply cc ni, bro terus ke bank rakyat isi form . kadar interest 0.25% 3 bulan pertama, 1.125% - 13.5% bulan ke 4 hingga belen amaun habis di bayar

ada ramai juga yg bertanya mengenai balance transfer kredit ke kad bank rakyat.. hehe

bagus niat anda memang bagus.. tukar dari konvensional ke islamik pilihan yg tepat!!! utk belen transfer bank rakyat tidak kenakan sebarang fee dan tiada penalti utk early settlement amoun yg kita transfer tu. berlainan dengan kad dari bank lain yg mengenakan hidden fee (yuran tersembunyi) utk 0% interest balance transfer.. pindahan kredit adalah 100% dari kad anda!!

apa yg perlu anda buat adalah pohon kad kredit islamik bank rakyat dan selepas dapat kad, pegi ke bank dan isi borang balance transfer dan pos/hantarkan ke HQ! semudah itu..


sila refer pamplet di bawah ok.. pohon kad anda sekarang! hubungi saya .. http://jomapplyjom.blogspot.com/

180780_150143628373754_150111741710276_235029_4289693_n.jpg


bro download borang kat sini ok.

http://www.bankrakyat.com.my/c/document_library/get_file?p_l_id=10897&folderId=14501&name=DLFE-5404.pdf
 
info for sharing

APA ITU KAD KREDIT?

Kad kredit adalah salah satu produk kewangan bank.Konsepnya bank memberi peluang kepada pelanggan untuk menggunakan dahulu duit bank dan selepas itu mengarahkan pembayaran dalam masa 30 hari samada secara penuh atau sedikit-sedikit serendah 5%. Segala undang undang telah ditetapkan oleh bank negara untuk menjaga hak bank terlibat serta pihak pelanggan. Bank mendapat keuntungan perniagaan daripada bayaran minima pelanggan,caj yuran tahunan.Bank juga mendapat keuntungan daripada pekedai-pekedai yang menjalankan hubungan kerjasama dengan mereka samada pengiklanan atau sebagainya.Itu sedikit gambaran perniagaan ini mendapat keuntungan.

Visa dan master adalah francise untuk bank.Mereka adalah 2 syarikat berasingan yang memberi perkhidmatan kepada bank diseluruh dunia.Kata kasarnya,Visa dan master adalah pengganti cash/tunai samada pada saat itu kita tiada cash atau cash/rm tidak boleh dipakai/tidak laku dalam negara lain.Maka visa dan master boleh membantu untuk urusan pembelian, booking/pendahuluan,emergency atau apa sahaja yang melibatkan cash.Selagi ada lambang yang tertera visa dan master didunia ini kita boleh gunakanya.Ciri -ciri keselamatan telah ditingkatkan dan menjadi kewajiban kepada bank dan bank negara memantau tentang keselamatan kad kredit.si

Seorang pemegang kad kredit ingin menggunakanya untuk mengisi petrol.Maka dia akan swipe card untuk mendapatkan kelulusan daripada bank amaun yang diperlukan.Bila diluluskan,selesai sahaja isi, resit akan dikeluarkan.Maka urusan tersebut telah sah dan pelanggan diperlukan untuk membayar balik nilai cash yang telah digunakan.
 
saya mendapat byk pm dan sms dari klien yg ingin mengetahui mengenai maksud tiada unsur berganda atau non-compounding interest. ok di sini saya perjelaskan utk tatapan semua.

TIADA ELEMEN BERGANDA :- Bermaksud tiada caj berganda ke atas penggunaan kad kredit ini. Secara tak langsung, hutang tak bertambah lebih dari yang sepatutnya. Hanya caj pengurusan sahaja dikenakan sebanyak 18% SETAHUN SAHAJA bersamaan 1.5% SEBULAN MAKSIMUM selepas tempoh bebas caj dan hanya ke atas baki hutang!!
Ini bermakna anda akan dicaj sebanyak sekali sahaja bagi penggunaan anda dalam bulan tersebut.
Cth :- Bulan Februari anda guna RM 3000

Caj pengurusan 1.5% sebulan bersamaan RM 45. Jadi semuanya RM 3045.
Anda bayar minima 5% ataupun andaikan RM1000.

Baki tidak akan dicaj kerana caj hanya sekali sahaja. Ini berbeza dengan kad kredit konvensional yang akan terus caj baki hutang anda sehingga ia dijelaskan sepenuhnya.
 
ARKIB : 18/03/2007

Pemegang kad kredit perlu disiplin berbelanja

Oleh: ROZILAN SALLEH


PULAU PINANG 17 Mac – Pemegang-pemegang kad kredit perlu mempunyai disiplin dalam perbelanjaan dengan tidak terlalu berbelanja besar sehingga melebihi pendapatan sendiri.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, orang ramai sepatutnya memberikan keutamaan kepada perbelanjaan yang perlu seperti persekolahan anak-anak.
Oleh itu, beliau berpendapat, kerajaan tidak perlu memperketatkan syarat pemilikan kad kredit yang longgar ketika ini memandangkan hampir 60 peratus daripada urus niaga kad kredit pada tahun lalu, dibayar sepenuhnya oleh pemilik kad kredit manakala bakinya dibawa ke hadapan.

‘‘Buat masa ini kita tidak menerima atau mempunyai sebarang cadangan untuk menukar syarat-syarat memiliki kad kredit itu.
‘‘Tetapi kerajaan tetap meminta agar rakyat berbelanja mengikut kemampuan dan berdasarkan pendapatan masing-masing dengan berikan keutamaan kepada yang penting terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran syarikat penerbangan Firefly di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia semalam mengenai tunggakan pinjaman kad kredit rakyat Malaysia yang mencecah hampir RM20 bilion sehingga Disember 2006 ekoran gaya hidup mereka yang gemar berhutang menggunakan kad kredit walaupun tidak mampu dari segi kewangan.

Laporan itu memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, Mohamed Akwal Sultan mengenai perangkaan Bank Negara Malaysia (BNM) yang mendapati terdapat peningkatan tunggakan hutang kad kredit sebanyak RM1.3 bilion dalam tempoh tiga bulan terakhir 2006 daripada RM18.6 bilion pada Oktober tahun yang sama.

Daripada keseluruhan jumlah pinjaman itu tertunggak kad kredit itu, sebanyak RM700 juta dikategorikan sebagai pinjaman tidak berbayar (NPL) dengan 13,596 pemegang kad kredit dikenakan tindakan muflis tahun lalu
Dalam pada itu, Nor Mohamed turut bersetuju dengan kenyataan BNM bahawa jumlah hutang kad kredit di negara ini masih terkawal dan tidak membimbangkan.

Ini kerana, katanya, jumlah hutang tertunggak pemegang kad kredit bagi keseluruhan institusi perbankan di negara ini hanya RM19.8 bilion atau 3.4 peratus berbanding RM592.7 bilion keseluruhan hutang pinjaman lain.
 
ARKIB BERITA SEMASA DI PETIK DARI AKHBAR UTUSAN MALAYSIA MENGENAI KHAIRAT KEMATIAN YG DI PEROLEHI OLEH WARIS PEMEGANG KAD SEBANYAK RM1000 SUMBANGAN BANK RAKYAT

ARKIB : 28/01/2011

3 waris pemegang kad kredit-i Bank Rakyat terima RM1,000


wt_05.1.jpg

Abdul Malik Zainal Abidin (dua dari kanan) menyampaikan cek khairat kematian
kepada salah seorang pewaris, Nor Azizah Dollah sambil diperhatikan Burhanuddin Abdullah
di Kota Bharu, semalam.
​

KOTA BHARU 27 Jan. - Tiga waris pemegang kad kredit-i Bank Rakyat cawangan Kota Bharu menerima cek khairat kematian sebanyak RM1,000 seorang dalam satu majlis ringkas, di sini hari ini.Penyampaian cek itu disempurnakan oleh Pengurus cawangan bank itu, Abdul Malik Zainal Abidin dan disaksikan Ketua Wilayah Timur Bank Rakyat, Burhanuddin Abdullah.

Abdul Malik berkata, khairat kematian merupakan salah satu daripada keistimewaan kad kredit-i yang turut memberi perlindungan takaful percuma dan mata ganjaran bagi setiap RM10 penggunaan kad."Selain khairat kematian, yang paling utama adalah baki hutang kad kredit akan turut dilangsaikan pihak bank tanpa sebarang had.

"Ini bermakna, pewaris tidak perlu bimbang tentang baki hutang yang perlu dibayar kerana ia sudah dijelaskan oleh pihak kami.
"Bantuan disediakan adalah sebahagian daripada komitmen bank yang mengamalkan konsep kewangan berasaskan syariah sejak sekian lama," katanya.

Abdul Malik berkata, sepanjang tahun lalu, Bank Rakyat cawangan Kota Bharu menyampaikan khairat kematian kepada empat pewaris pemegang kad kredit-i.Katanya, setiap urusan sumbangan cek khairat kematian akan diurus dalam tempoh dua hingga tiga bulan selepas pihak bank dimaklumkan tentang kematian pemegang kad.

Tiga pewaris yang hadir menerima cek masing-masing pada majlis itu ialah Mohd. Rostan Yusoff, 37, dari Tumpat, Zakiyah Mahmood, 42, (Tanah Merah) dan Nor Azizah Dollah, 44, (Kok Lanas).Nor Azizah ketika ditemui berkata, dia amat berterima kasih dengan sumbangan yang diterima dan akan menyimpannya untuk pendidikan empat anaknya selepas kematian suami, Mohd. Zulkifli Mohd. Muhayedin, Mei lalu akibat kemalangan jalan raya.

Katanya, selepas kematian suami, dia kini hanya bergantung kepada upah menjahit baju dan pencen arwah bagi menyara kehidupan dan persekolahan keempat-empat anaknya."Arwah suami ada juga mempunyai akaun di bank lain tetapi hanya bank ini yang memberi sumbangan khairat kematian."Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu saya mengurus perbelanjaan sekolah anak-anak awal tahun ini," katanya.

ARKIB : 18/11/2010

Serah khairat 3 waris pemegang kad kredit-i

wt_07.1.jpg

Berhanuddin Che Abdullah (kiri) menyerahkan cek khairat kematian
kepada waris pemegang Kad Kredit-i di Kota Bharu, kelmarin.
​

KOTA BHARU 17 Nov. - Bank Rakyat cawangan Kubang Kerian di sini, hari ini menyampaikan sumbangan cek Khairat Kematian Kad Kredit-i sebanyak RM1,000 setiap seorang kepada tiga waris pemegang kad tersebut yang sudah meninggal dunia.
Majlis penyampaian cek tersebut disempurnakan oleh Ketua Bank Rakyat Wilayah Timur, Berhanuddin Che Abdullah.

Berhanuddin berkata, sumbangan tersebut adalah keistimewaan yang disediakan oleh bank itu kepada para pelanggannnya.

"Kesemua penerima hari ini merupakan waris kepada pelanggan kita yang menggunakan perkhidmatan ini.
"Pemberian cek ini sebagai penghargaan kepada pelanggan yang menggunakan Kad Kredit-i," katanya selepas majlis penyampaian bantuan tersebut di sini, semalam.

Berhanuddin berkata, sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban waris untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

"Antara keistimewaan lain kad ini ialah perlindungan takaful diberikan secara percuma kepada pemegang kad. Selain itu mata ganjaran juga turut diberikan bagi setiap RM10 penggunaan dan mata tersebut akan ditukarkan kepada tunai," katanya.

Tambahnya, pemegang kad tersebut sememangnya layak menikmati pelbagai keistimewaan selaras dengan slogan iaitu 'pakai dapat duit, bayar dapat duit, mati tidak perlu bayar dan waris dapat duit'.

ARKIB : 11/06/2010

Balu pemegang kad kredit Bank Rakyat terima bantuan

wu_04.1.jpg

RAZZAK Kamel Othman menyampaikan cek khairat kematian
kepada Noor Baiti Murad di Sungai Petani, semalam
.​

SUNGAI PETANI 10 Jun - Kesedihan seorang suri rumah yang kematian suami selepas diserang sakit jantung hampir setahun lalu sedikit terubat apabila menerima bantuan khairat kematian dari Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat).

Noor Baiti Murad, 34, yang berasal dari bandar ini menerima bantuan sebanyak RM1,000 daripada Pengurus Bank Rakyat Cawangan Sungai Petani, Razzak Kamel Othman dalam satu majlis ringkas di sini semalam.
Suaminya, Mohd. Rosdi Md. Din yang bertugas sebagai anggota polis di Balai Polis Bandar Perda, Seberang Perai meninggal dunia selepas diserang sakit jantung ketika bertugas pada 30 Julai tahun lalu.

Noor Baiti ketika ditemui melahirkan kesyukuran kerana Bank Rakyat mengambil berat permasalahan yang dihadapi oleh keluarganya.

''Saya terkejut apabila dihubungi oleh pihak Bank Rakyat yang memberitahu supaya datang untuk menerima bantuan khairat kematian," katanya.Sementara itu Razzak Kamel berkata, Noor Baiti merupakan individu pertama menerima cek Khairat Kematian Kad Kredit-i sebanyak RM1,000.

Katanya, cek khairat kematian berkenaan disumbangkan pihaknya memandangkan suami Noor Baiti sebelum ini merupakan pelanggan Kad Kredit-i Bank Rakyat.

''Khairat kematian sebanyak RM1,000 adalah salah satu daripada keistimewaan Kad Kredit-i dan tujuan pemberian cek ini adalah untuk menghargai pelanggan kami yang telah memegang kad kredit ini sejak 2008 lagi.
''Selain itu, sumbangan ikhlas ini adalah untuk meringankan beban waris kepada Allahyarham Mohd. Rosdi," katanya.
 
ok everythings updated from page 1 - last page.. hehe.. dah penat apa lagi layan ZzzzZZzZzzzz

apapun permohonan tetap di buka 24jam bule lawati blog saya / SMS detail anda,.. selamat malam :)
 
Back
Top
Log in Register