BTC USD 82,710.0 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

` Jom Apply Jom !!! [THREAD CLOSED]

bump sebelum buka puasa !!! jom apply jom !!!
 
bump utk raya ke 4 !!!! jom apply jom !!!
 
bump for today !!!
 
Last edited:
ARKIB BERITA SEMASA DI PETIK DARI AKHBAR UTUSAN MALAYSIA MENGENAI KHAIRAT KEMATIAN YG DI PEROLEHI OLEH WARIS PEMEGANG KAD SEBANYAK RM1000 SUMBANGAN BANK RAKYAT

ARKIB : 28/01/2011

3 waris pemegang kad kredit-i Bank Rakyat terima RM1,000


wt_05.1.jpg

Abdul Malik Zainal Abidin (dua dari kanan) menyampaikan cek khairat kematian
kepada salah seorang pewaris, Nor Azizah Dollah sambil diperhatikan Burhanuddin Abdullah
di Kota Bharu, semalam.
​

KOTA BHARU 27 Jan. - Tiga waris pemegang kad kredit-i Bank Rakyat cawangan Kota Bharu menerima cek khairat kematian sebanyak RM1,000 seorang dalam satu majlis ringkas, di sini hari ini.Penyampaian cek itu disempurnakan oleh Pengurus cawangan bank itu, Abdul Malik Zainal Abidin dan disaksikan Ketua Wilayah Timur Bank Rakyat, Burhanuddin Abdullah.

Abdul Malik berkata, khairat kematian merupakan salah satu daripada keistimewaan kad kredit-i yang turut memberi perlindungan takaful percuma dan mata ganjaran bagi setiap RM10 penggunaan kad."Selain khairat kematian, yang paling utama adalah baki hutang kad kredit akan turut dilangsaikan pihak bank tanpa sebarang had.

"Ini bermakna, pewaris tidak perlu bimbang tentang baki hutang yang perlu dibayar kerana ia sudah dijelaskan oleh pihak kami.
"Bantuan disediakan adalah sebahagian daripada komitmen bank yang mengamalkan konsep kewangan berasaskan syariah sejak sekian lama," katanya.

Abdul Malik berkata, sepanjang tahun lalu, Bank Rakyat cawangan Kota Bharu menyampaikan khairat kematian kepada empat pewaris pemegang kad kredit-i.Katanya, setiap urusan sumbangan cek khairat kematian akan diurus dalam tempoh dua hingga tiga bulan selepas pihak bank dimaklumkan tentang kematian pemegang kad.

Tiga pewaris yang hadir menerima cek masing-masing pada majlis itu ialah Mohd. Rostan Yusoff, 37, dari Tumpat, Zakiyah Mahmood, 42, (Tanah Merah) dan Nor Azizah Dollah, 44, (Kok Lanas).Nor Azizah ketika ditemui berkata, dia amat berterima kasih dengan sumbangan yang diterima dan akan menyimpannya untuk pendidikan empat anaknya selepas kematian suami, Mohd. Zulkifli Mohd. Muhayedin, Mei lalu akibat kemalangan jalan raya.

Katanya, selepas kematian suami, dia kini hanya bergantung kepada upah menjahit baju dan pencen arwah bagi menyara kehidupan dan persekolahan keempat-empat anaknya."Arwah suami ada juga mempunyai akaun di bank lain tetapi hanya bank ini yang memberi sumbangan khairat kematian."Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu saya mengurus perbelanjaan sekolah anak-anak awal tahun ini," katanya.

ARKIB : 18/11/2010

Serah khairat 3 waris pemegang kad kredit-i

wt_07.1.jpg

Berhanuddin Che Abdullah (kiri) menyerahkan cek khairat kematian
kepada waris pemegang Kad Kredit-i di Kota Bharu, kelmarin.
​

KOTA BHARU 17 Nov. - Bank Rakyat cawangan Kubang Kerian di sini, hari ini menyampaikan sumbangan cek Khairat Kematian Kad Kredit-i sebanyak RM1,000 setiap seorang kepada tiga waris pemegang kad tersebut yang sudah meninggal dunia.
Majlis penyampaian cek tersebut disempurnakan oleh Ketua Bank Rakyat Wilayah Timur, Berhanuddin Che Abdullah.

Berhanuddin berkata, sumbangan tersebut adalah keistimewaan yang disediakan oleh bank itu kepada para pelanggannnya.

"Kesemua penerima hari ini merupakan waris kepada pelanggan kita yang menggunakan perkhidmatan ini.
"Pemberian cek ini sebagai penghargaan kepada pelanggan yang menggunakan Kad Kredit-i," katanya selepas majlis penyampaian bantuan tersebut di sini, semalam.

Berhanuddin berkata, sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban waris untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

"Antara keistimewaan lain kad ini ialah perlindungan takaful diberikan secara percuma kepada pemegang kad. Selain itu mata ganjaran juga turut diberikan bagi setiap RM10 penggunaan dan mata tersebut akan ditukarkan kepada tunai," katanya.

Tambahnya, pemegang kad tersebut sememangnya layak menikmati pelbagai keistimewaan selaras dengan slogan iaitu 'pakai dapat duit, bayar dapat duit, mati tidak perlu bayar dan waris dapat duit'.

ARKIB : 11/06/2010

Balu pemegang kad kredit Bank Rakyat terima bantuan

wu_04.1.jpg

RAZZAK Kamel Othman menyampaikan cek khairat kematian
kepada Noor Baiti Murad di Sungai Petani, semalam
.​

SUNGAI PETANI 10 Jun - Kesedihan seorang suri rumah yang kematian suami selepas diserang sakit jantung hampir setahun lalu sedikit terubat apabila menerima bantuan khairat kematian dari Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat).

Noor Baiti Murad, 34, yang berasal dari bandar ini menerima bantuan sebanyak RM1,000 daripada Pengurus Bank Rakyat Cawangan Sungai Petani, Razzak Kamel Othman dalam satu majlis ringkas di sini semalam.
Suaminya, Mohd. Rosdi Md. Din yang bertugas sebagai anggota polis di Balai Polis Bandar Perda, Seberang Perai meninggal dunia selepas diserang sakit jantung ketika bertugas pada 30 Julai tahun lalu.

Noor Baiti ketika ditemui melahirkan kesyukuran kerana Bank Rakyat mengambil berat permasalahan yang dihadapi oleh keluarganya.

''Saya terkejut apabila dihubungi oleh pihak Bank Rakyat yang memberitahu supaya datang untuk menerima bantuan khairat kematian," katanya.Sementara itu Razzak Kamel berkata, Noor Baiti merupakan individu pertama menerima cek Khairat Kematian Kad Kredit-i sebanyak RM1,000.

Katanya, cek khairat kematian berkenaan disumbangkan pihaknya memandangkan suami Noor Baiti sebelum ini merupakan pelanggan Kad Kredit-i Bank Rakyat.

''Khairat kematian sebanyak RM1,000 adalah salah satu daripada keistimewaan Kad Kredit-i dan tujuan pemberian cek ini adalah untuk menghargai pelanggan kami yang telah memegang kad kredit ini sejak 2008 lagi.
''Selain itu, sumbangan ikhlas ini adalah untuk meringankan beban waris kepada Allahyarham Mohd. Rosdi," katanya.

BERITA PANASSS 05.03.2011 HARIAN METRO !!!​

Tak sangka dapat RM1,000
Oleh Johari Indan
[email protected]

KOTA BELUD: Seorang balu tidak menyangka mendiang suami yang memiliki akaun kad kredit-i Bank Rakyat layak menerima khairat kematian RM1,000 serta menjadi pelanggan pertama menerima skim berkenaan daripada cawangan Bank Rakyat daerah ini.
Saimah Gibok, 50, dari Kampung Narinang tidak mengetahui kad kredit-i Bank Rakyat yang dimiliki suaminya sejak lebih setahun lalu memberi manfaat kepada keluarganya.

“Suami saya, Dumi Gumbaris meninggal dunia pada Mac lalu ketika berusia 56 tahun akibat barah, tetapi menyedari mendiang ada memiliki kad kredit-i Bank Rakyat.

“Bagaimanapun, saya tidak menyangka bank ini menyediakan skim khairat kematian kepada setiap pemegang kad kredit terbabit,” katanya ketika ditemui Harian Metro pada majlis ringkas di cawangan bank berkenaan, di sini, kelmarin.

Sumbangan itu disampaikan Pengurus Bank Rakyat Kota Belud, Aris Abdul Kadir dan turut dihadiri Ketua Unit Pembiayaannya, Muhd Hassanal Yusof.

Ketika ditemui, Gibok yang juga ibu kepada enam anak masing-masing empat lelaki dan dua perempuan berusia antara 19 dan 30 tahun tidak putus-putus berterima kasih keprihatinan bank berkenaan.

“Saya benar-benar tidak menduga menerima faedah daripada akaun kad kredit-i mendiang suami dan menggunakan faedah dan wang ini untuk kegunaan keluarga,” katanya.

Sementara itu, Aris berkata, balu itu adalah penerima pertama khairat kematian diberikan kepada pelanggan Bank Rakyat di daerah ini.

“Skim ini adalah antara keistimewaan kad kredit-i Bank Rakyat kepada pelanggan yang layak mengikut syarat ditetapkan.

“Keistimewaan lain kad ini adalah perlindungan takaful percuma bagi setiap pemegang kad, selain mata ganjaran diberikan setiap kali berbelanja RM10,” katanya.

Katanya, mata ganjaran itu boleh ditukarkan kepada wang tunai dan digabungkan bersama tabung umrah dan percutian.

“Pemegang kad kredit-i Bank Rakyat sememangnya menikmati pelbagai keistimewaan selaras slogan kad itu, ‘Pakai dapat duit, Bayar dapat duit, Mati tidak perlu bayar, Waris dapat duit’,” katanya.
 
tumpang tanya..RM36k setahun tu untuk gaji kasar atau gaji bersih?
 
Back
Top
Log in Register