kendoff
Active Member
- Messages
- 2,265
- Joined
- Mar 12, 2014
- Messages
- 2,265
- Reaction score
- 20
- Points
- 25
Marilah sama-sama kita jadikan amalan.Doa Pelindung ini juga dikenali sebagai Doa Pelindung Abu Darda'.Doa ini adalah merupakan doa pelindung kepada Diri,Keluarga dan Harta daripada malapetaka.Doanya hendaklah dibaca selepas solat Subuh dan Selepas Solat Asar.
Berikut hadith yang mengisahkan doa ini..
Talha r.a. meriwayatkan:"Seorang telah datang kepada Abu Darda' r.a. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar.Abu Darda' menjawab:"Tidak,rumah saya tidak terbakar."
Kemudian datang seorang lagi dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar.Kemudian,ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda' r.a. tetap memberi jawapan yang sama.
Pada kali yang keempat,seorang datang dan memberitahu Abu Darda' r.a.: "Wahai Abu Darda' r.a.Api telah naik tinggi tetapi apabila sampai kepada rumah tuan,api telah padam."
Abu Darda' menjawab:"Saya yakin bahawa Allah S.W.T. tidak akan membakar rumah saya.Rasulullah S.A.W. telah mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas Subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga petang.(Saya telah membaca kalimah kalimah ini selepas Subuh).Oleh itu,saya yakin rumah saya tidak akan terbakar .
**Untuk makluman semua,doa ini juga boleh dibaca&diamalkan ketika kita hendak keluar rumah..
In Shaa Allah,perjalanan dan diri kita khususnya dalam 'jagaan' Nya,Yang Maha Memberi Perlindungan.