BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Johor Umum Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Sebulan Gaji

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,190
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,190
Reaction score
346
Points
141
3c840f4c4fabefc63b3934956f96f23369a7e14c4cb18

Kredit: Laman Facebook Onn Hafiz Ghazi

Kerajaan Negeri Johor hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026 sebanyak sebulan gaji kepada 18,455 penjawat awam tetap dan kontrak negeri itu.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran Facebook berkata bayaran akan dibuat esok atau pada tarikh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik masing-masing.

“Kerajaan negeri berharap pemberian ini menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah, dedikasi dan integriti dalam memacu Johor ke tahap lebih baik,” katanya.

Onn Hafiz berkata pemberian bantuan itu melibatkan 11,271 penjawat awam negeri, 6,192 warga kerja pihak berkuasa tempatan (PBT) dan 992 kakitangan badan berkanun negeri.

 
Back
Top
Log in Register