BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Johan RL dah jadi bapa!

MrKacanG

Super Active Member
Messages
5,061
Joined
May 24, 2008
Messages
5,061
Reaction score
31
Points
70
Johan Terharu Dapat Baby Sulung!

KL, 8 FEB 2010: Tahniahlah Murai Batu ucapkan pada pemenang tempat ketiga program Raja Lawak musim yang pertama. Siapa lagi kalau bukan si Johan. Sebab, lepas jadi suami orang, sekarang ni dia jadi bapak orang pulak.

Senang cerita, Johan telah dikurniakan cahaya mata pertamanya selepas isteri tercintanya, Ozlynnwati selamat melahirkan seorang bayi lelaki comel secara normal di Hospital Prince Court, pada hari Sabtu lepas, kira-kira jam 9.30 malam.

Bayi seberat 4.43 kilogram itu telahpun dinamakan sebagai Ahmad Sodiq Hainana. Maksudnya Murai Batu tak begitu pasti tapi nama itu khabarnya dipilih sendiri oleh Johan.

Kata kawan Murai Batu, memang bersemangat betul anak si Johan tu. Sampaikan jari-jemarinya yang comel dan mungil itu itu nampak begitu padat dan berulas-ulas. Pipinya pula jangan cakaplah montel sungguh...

Khabarnya, Johan sendiri telah menyambut kelahiran bayi itu selepas berjam-berjam lamanya menemani Wati di dalam bilik kelahiran itu.

Malah terpancar kegembiraan di wajahnya tatkala melihat bayi yang penyambung zuriatnya dengan Wati itu selamat dilahirkan ke muka dunia ini.

MuraiBatu pasti, kelahiran bayi itu akan memberikan lebih semangat untuk Johan bekerja dengan lebih keras lagi di dalam industri hiburan seni ini.


kredit: murai.com.my

*eh...rasa cam baru lg dia kawen kan? kalau tak silap july thn lepas...

neway tahniah la dah jd bapak...

creadit to cari
 
mungkin dia nikah gantung tu..
 
wah mantap johan.....mmg johan la
 
tahniah..semoga dpt membimbing keluarga sebaiknya ;)
 
badan si johan ni lps kawen mcm di pam2.....:D
 
erm..alhamdulillah..moga kehadiran cahaya mata (walaupun nikah masa july 2009) dpt mengeratkan lg kasih syg suami istri...:)
 
alhamdulillah.....
aku pun tak tahu dia dah kawen....
sape ada gambar dia ngan bini dia.....
minta tolong tepek nak tgk....
Tq.....
:):)
 
johan mengembang cam putu bambu..
 
Back
Top
Log in Register