BTC USD 83,179.3 Gold USD 4,143.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Johan Cruyff meninggal dunia

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,648
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,648
Reaction score
38,262
Points
2,836
cruyiffui.transformed.jpg

AMSTERDAM: Legenda bola sepak Belanda, Johan Cruyff, meninggal dunia pada usia 68 tahun, berdasarkan laporan laman web peribadinya sebentar tadi

Laman web berkenaan memberitahu dia meninggal dunia di sisi keluarga dan rakannya di Barcelona selepas bertarung dengan kanser
 
takziah pd kuarga beliau
 
📅 55 Years Ago Today:

🇳🇱 Johan Cruyff made his professional debut.

🏟 715 Games
⚽️ 416 Goals

9 🏆🇳🇱 Eredivisie
6 🏆🇳🇱 KNVB Cup
3 🏆🇪🇺 European Cup
1 🏆🇪🇸 La Liga
1 🏆🇪🇸 Copa del Rey

3 🥇 Ballon d'Or

🙌 One of the most influential players ever
 
1000265019.jpg


Majoriti peminat bola sepak sekarang tidak pernah melihat aksi Johan Cryuff sebagai pemain tetapi ada yang sempat melihatnya sebagai individu yang berada di heararki tertinggi kelab bola sepak.

Cryuff hebat dalam semua dunianya, sebagai pemain, pengurus dan sebagai individu dalam pengurus kelab.

Sebagai pemain, Cryuff memenangi 8 gelaran Eredivisie dan 3 Piala Eropah bersama Ajax. Dia berpindah ke Barcelona dengan yuran perpindahan rekod dunia ketika itu.

Cryuff menjulang trofi La Liga pada musim pertamanya. Pada tahun 1974, dia membawa Belanda ke final Piala Dunia. Dia memenangi 3 trofi Ballon d'Or.

Terdapat rekod yang tidak dapat ditulis mengenai Cryuff iaitu kepantasan, muslihat kaki, interaksi, keindahan permainannya.

Sebagai jurulatih, dia telah berkongsi dan mewarikan seni bola sepaknya.

Ketika di Ajax, dia membina generasi baharu Belanda. Nama Marco van Basten, Dennis Bergkamp, Frank Rijkaard, Ronald Koeman muncul. Mereka semua menjadi nama besar.

Bersama Barcelona Cryuff memenangi 4 kejuaraan La Liga berturut-turut serta 1 Piala Eropah. Salah seorang pemain dalam pasukan itu ialah Pep Guardiola.

Cryuff adalah mentor Guardiola. Guardiola kemudiannya menjadi arkitek kepada permainan tiki-taka. Cruyff adalah pengaruh terbesar dalam kerjaya kejurulatihan Guardiola.

Pada satu ketika Cryuff pernah memulihkan Ajax di posisi lain, bukan sebagai pemain dan jurulatih tetapi di bahagian pengurusan.

Dari pelan Cryuff, Ajax membina pemain di akademi dan berhasil meraih jualan sebanyak €297 juta melibatkan pemain,

• Frenkie de Jong, 2019, €86 juta
• Matthijs de Ligt, 2019 €85 juta
• Donny van de Beek, 2020, €39 juta
• Kasper Dolberg, 2019, €21 juta
• Sergino Dest, 2020 €21 juta
• Justin Kluivert, 2018, €17 juta
• Riechedly Bazoer, 2016, €12 juta
• Jairo Riedewald, 2017, €9 juta
• Anwar El Ghazi, 2016, €7 juta


ZZ Stats
 
X kenal.. tp kalau dah ade 3 ballon dor tu mmg power la.. zaman prime dia mgkin sama mcm kite tgk messi cr7 ronaldo ronaldinho dan setaraf dgn dia..
 
Back
Top
Log in Register