Joao Felix menyertai Chelsea dengan yuran sebanyak £46.3 juta daripada Atletico Madrid.
Ikutkan baru enam bulan lepas baru dia menyertai Chelsea.
Penutup jendela perpindahan bulan Januari, dia dipinjamkan ke AC Milan untuk baki musim.
Dari musim ke musim, sejak berada di Atletico Madrid lagi, prestasinya memang tidak konsisten.
Di Barcelona pun serupa.
Perpindahan ke Chelsea sebelum ini agak sukar untuk difahami dalam konteks keperluan semasa pasukan.
Ini kerana, Felix bukan lagi dalam kelompok pemain yang mempu menjadi ‘level raiser’ kepada pasukan.
Melainkan ada perjanjian di sebalik pembelian, itu di luar pengetahuan.
Projek Chelsea sudah ada kelompok pemain yang kurang memuaskan.
Penambahan Felix seolah-olah mengumpul lebihan pemain dalam kategori yang sama.
Apabila Enzo Maresca sendiri tidak menunjukkan minat tertentu dalam meletakkan Felix sebahagian daripada pelannya, itu cukup jelas.
Pemain Portugal ini sedang dalam fasa bertarung untuk bina balik kariernya.
Perpindahan secara pinjaman ke Milan ini sudah tentu kita sebagai pemerhati mengharapkan hal yang positif untuk pemain, gembira jika dia berjaya.
Cuma, dalam masa yang sama, ekspektasi yang diberikan tidak lagi tinggi.
Kenyataan yang agak perit, Felix bukan lagi bakat yang kita semua bayangkan dahulu.
odfc