ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Wan Mohd Zakri (kanan), Basir (tengah) dan Shaikh Harun ketika menjawab soalan media.
KUALA NERUS - Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) merekodkan sebanyak 110 kes suami atau bapa ingkar membayar nafkah anak serta isteri di seluruh negeri ini sejak 2010.
Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, pihaknya kini sedang giat memburu kesemua suami atau bapa yang gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut sehingga mengakibatkan anak-anak atau isteri terabai setelah bercerai.
Menurutnya, sejak 2010 sehingga kini JKST berjaya menyelesaikan 20 kes termasuk kes melibatkan suami atau bapa ingkar bayar nafkah dibawa ke penjara.
"Kini kita sedang giat mengenal pasti pesalah lain supaya mereka dapat menunaikan tanggungjawab sepertimana diperintahkan mahkamah.
"Langkah ini adalah prosedur biasa yang perlu dilakukan bagi memastikan suami menyedari tanggungjawab mereka terhadap anak dan isteri," jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Siri Pertama Tahun 2015 di Dewan Integriti Terengganu di Kem Telaga Batin, di sini, semalam.
Hadir sama, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Datuk Basir Ismail dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail.
Katanya, mahkamah telah membuat keputusan bahawa bapa atau suami perlu menyelesaikan perintah berkenaan dan jika ingkar, boleh membawa kepada hukuman maksimum, iaitu sebulan nafkah tidak dibayar boleh dikenakan penjara selama sebulan.
Tambahnya, ada antara bapa atau suami berjaya dikesan tetapi tidak mampu membayar nafkah yang ditetapkan oleh mahkamah.
"Kita harap bapa dan suami lebih bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak dan isteri sekira telah bercerai atau berkahwin lain kerana keperluan anak serta isteri yang masih dalam edah juga perlu diambil kira," katanya.