BTC USD 60,054.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jiran tali barut ah long

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR - Setiap kali pintu rumahnya diketuk atau telefon berdering, seorang ibu tunggal, Salima, 40-an, tidak senang duduk.

Menumpang tinggal di rumah mertua, Salima takut tetamu atau pemanggil itu adalah seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Mus, 50-an, yang juga jirannya.

Setelah berpuluh-puluh tahun hidup berjiran di sebuah taman perumahan di sini, ibu tunggal itu tidak menyangka Pak Mus selama ini merupakan 'tali barut' ah long.

Akhirnya selepas termakan budi meminjam wang daripada Pak Mus tanpa menyangka ia perangkap ah long, Salima mendakwa dia menerima pelbagai jenis ugutan, daripada tindakan merampas peralatan rumah sehinggalah ancaman dipotong jari dan penggal kepala.

Semuanya bermula apabila Pak Mus menawarkan diri membantu Salima yang menghadapi masalah kewangan untuk membayar yuran pengajian dan asrama anak sulungnya di universiti serta belanja pendidikan dua anak gadisnya di sekolah menengah.
 
salima....pak mus...nama2 tu mcm dlm buku 18sx jer :D
mesti PAK MUSang ada niat lain tu kot :p
 
bayar la balik... jangan ingat pinjam tak perlu bayar. dah lama pinjam tapi tak bayar, camnie la...
 
Back
Top
Log in Register