BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jin & Syaitan : Perbezaannya.......

Status
Not open for further replies.

sconsult

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,646
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
656
Points
161
Firman Allah: Az-Zariyat:6:-

"Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya menyembah aku"

Jadi, jin adalah katanama umum, sebagaimana juga dengan katanama umum bagi manusia. Jin telah wujud lebih awal dari manusia seperti firman Allah: Al-Hijr:27:-

"Dan jin itu Aku ciptakannya sebelum manusia daripada api yang panas".

Dari kumpulan jin ini terdapatnya Iblis (asalnya Azazil) yang asalnya sangat taat kepada Allah. Azazil ini kemudiannya berubah menjadi kufur/engkar ketika Allah memerintahkannya supaya sujud(hormat) kepada Adam.

Firman Allah: Al-Baqarah:34:-Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada malaikat:"Sujudlah kepada Adam." Maka sujudlah mereka kecuali Iblis ia enggan.

--------------------------------------------------------------
Iblis enggan menghormati Adam kerana merasakan dirinya lebih mulia dijadikan dari api, manakala Adam dijadikan dari tanah. Turutan dari peristiwa di atas, Iblis telah bersumpah untuk menyesatkan anak2 Adam kecuali mereka yang ikhlas,(As-Sad:82-83).

Jin2 dari keturunan Iblis ini lah, yang kufur, sesat & maksiat suka menyesatkan manusia. Memandangkan nenek/moyang mereka telah mendapat laknat Allah, jin2 inilah yang akan berusaha sedaya upaya dengan penuh tipudaya untuk menggoda anak/cucu Adam sehingga hari kiamat....kumpulan jin dari keturunan Iblis inilah SYAITAN.
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register