Semalam aku dgn sepupu2 n adik aku pegi ke rumah seseorang (kami pggl Shah) ni yg tau bagaimana menghubungkan manusia dengan Jin Pendamping atau Qarinnya..
Mula2 tu aku tak amik port sangat.. aku ikut just nak temankan sepupu aku ni yg nak tau pasal tu.. lagipun aku pernah dengar citer la pasal Shah ni.
Nak jadikan citer aku pun terjebak sekali la.. aku pun sekali mandi bunga kat sana. tujuan dia selain membersihkan rohani, ia utk membuka urat saraf kita supaya senang Qarin masuk.(kami disuruh baca Al fatihah,surah 3 Qul dan selawat sepanjang dimandikan)
Lepas tuh.. kami berenam duduk atas kain kuning depan Shah ni. Kami disuruh istighfar n baca Alfatihah dan surah tiga Qul. Selepas tu disuruh tarik nafas dalam2..
di pendekkan citer, sorang2 sepupu aku macam diresapi sesuatu.. nafas masing2 makin kuat macam org tengah marah.. macam nafas kerbau kena sembelih pun ada.. hehe
aku sorang je yg tak jadik.. mungkin sebab aku ragu2 kot.. tak concentrate sangat.. tapi kata Shah, urat saraf aku ada masalah..tak terbuka sepenuhnya.. so dia suruh datang lagi utk berurut..
lepas aku berhenti.. aku dapat tengok la sepupu2 aku bersilat.. sedangkan aku tau sepupu n adik aku tak pernah belajar silat.. depa memang tak reti langsung..kata Shah 3 dari sepupu aku Qarinnya seorang Panglima yg handal ilmu persilatan Rajawali, seorang lagi Pendampingnya Buaya Putih.. adik aku Pendampingnya seorang Panglima yg mahir ilmu persilatan biasa.. aku pulak, menurut kata Shah.. Pendamping aku adalah Tuan Sheikh.. dia datang dan duduk di belakang aku.. tapi tak dapat masuk macam ada sesuatu yg block..kata Shah la.. WallahuAllam..
Tapi kejadian dekat 15 minit semalam memang membuka mata aku.. first time aku tengok..aku tanya cousin aku bila kitorang dlm perjalanan balik.. depa kata depa sedar tapi tak dapat control pergerakan.. depa macam seolah2 tau bagaimana nak bersilat dan apa yg perlu dilakukan seterusnya.
Jadi, Apakah jin pendamping atau Qarin nih? Ada yg kata dia ni khadam manusia, kembar manusia yg lahir bersama2 manusia dan dia akan mengikut kita kemana saja kita pergi..dan bole juga membantu jika kita dlm kesusahan..
tapi aku taknak jadi syirik benda nih.. aku pun da peringatkan cousin aku jgn jd taksub dan terlalu bergantung pada Jin.. kita tau dia wujud sudah la.. jgn sampai meminta2 pertolongan dari dia setiap masa.. sebab bole jatuh syirik.. jin juga makhluk Allah.. tanpa izinNya jin juga tak boleh buat apa2.
Mungkin ada sesapa tau pasal Qarin atau Jin Pendamping manusia ni?
Bole kita bincangkan disini..