BTC USD 81,573.7 Gold USD 4,023.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jin Pendamping Manusia atau Qarin??

Hutang yang ditanggung. Perilaku manusia termasuk membunuh, mencela dan sebagainya. Apabila manusia yang sentiasa ditemani oleh qarin itu mati, maka qarin ini tetap hidup, untuk menyesatkan manusia yang masih hidup, sama ada isteri atau keluarganya, maka makhluk qarin ini akan menerobosi, menembusi kehidupan manusia melalui pelbagai cara, terutama melalui mimpi. Itulah di antara keistimewaan makhluk ini, yang berupaya berhubung dengan manusia yang masih hidup, melalui mimpi. Satu keistimewaan yang diberi oleh Allah kepada makhluk ini, yang tidak ada pada manusia.

Sekiranya orang yang mati tadi mempunyai hutang kepada orang-orang tertentu, menganiaya orang-orang tertentu, melakukan sihir ke atasnya menyebabkan dia mati atau membunuhnya dengan senjata, maka qarin ini dengan izin Allah berupaya menggambarkan dirinya seperti si mati yang sedang diseksa dalam kubur.

Si mati melalui mimpi memohon kepada waris, seorang atau beberapa orang untuk memperkuat anggapan bahawa apa yang berlaku itu benar, memohon supaya waris tadi membayar hutang yang dilarikan atau memohon keampunan. Meminta kepada waris terutamanya isteri si mati supaya memohon keampunan kepada waris orang yang terbunuh, sama ada melalui sihir atau dengan senjata.

Tidak kurang juga orang yang didatangi mimpi supaya diadakan bacaan Yasin pada malam Jumaat, minta dibacakan al-Quran di atas kubur atau dibayarkan sedekah kepada 40 orang fakir miskin.

Anehnya, apabila permintaan tersebut dilaksanakan, mimpi-mimpi yang mengharukan itu menjadi reda dan akhirnya tidak ada gangguan berlaku.

Helah yang sama berlaku kepada puan, di mana seperti yang dimaklumi tangan arwah suami patah ketika berlaku kemalangan. Dalam keadaan kerinduan dan sebak dada yang sering berlaku akibat menahan hiba, qarin itu datang seumpama berusaha meleraikan pelbagai warna rindu yang tidak dapat digambarkan penderitaan daripadanya.

Semuanya ini menyebabkan puan mahukan agar mimpi itu berulang. Tetapi ia tidak berlaku kerana kalau ia berlaku setiap kali puan terlalu mengharapkannya, kerinduan puan yang sebenar akan berkurangan, menyebabkan pemikiran dan segala tumpuan puan berkurangan dan kembali normal. Demikianlah di antara helah-helah iblis dan syaitan untuk menyesatkan manusia.

Terlalu mudah untuk mengatasi masalah seperti yang puan alami, biarpun ia sangat sukar untuk melakukannya. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Peristiwa menyayat hati berlaku terlalu baru. Apa yang puan rasai tetap akan dirasai oleh semua orang sekiranya ini berlaku, menimpa, puan akan berupaya mengatasinya menurut masa yang berlalu.

Tuhan lebih menyayangi suami puan dan mengambilnya lebih dahulu. Dahulu Allah memberikan kepada puan dan sekarang Allah mengambilnya semula. Lumrah alam yang tidak ada manusia berupaya menyangkalnya.

Allah mahukan agar setiap qadak dan qadar ketentuannya itu diterima oleh semua makhluk dengan reda.

Puan tidak perlu melayani mimpi yang berlaku. Semakin kuat puan mengharapkan mimpi tadi, puan akan lebih teruk terlibat dengan kemelut rasa rindu, menyesal, menyebabkan dada semakin sebak dan hidup tidak menentu.

Apa yang berlaku adalah daripada mainan iblis dan syaitan yang dikenali sebagai ``qarin'' yang datang menyusul di celah penderitaan. Sekiranya puan melayaninya, rindukan dakapan mimpi didatangi oleh roh almarhum suami puan, padahal ia adalah mainan qarin iaitu syaitan, bererti puan terlalu merindui dakapan syaitan patah tangan, yang dilakukan semata-mata untuk menipu menguatkan bahawa apa yang berlaku adalah benar iaitu daripada roh al-marhum.

Hal demikian sama dengan orang yang didatangi mimpi supaya dibayarkan hutang, dipohonkan maaf dan sebagainya.

Sekiranya manusia yang hidup itu menunaikan permintaan yang disalurkan melalui mimpi, maka dia sebenarnya tunduk menunaikan permintaan iblis dan syaitan.

Walaupun demikian, sekiranya seseorang itu benar-benar diketahui mempunyai hutang, hutang wang, kewajipan haji, pernah membunuh manusia, tidak kira dengan apa cara, manusia yang hidup boleh melaksanakan tanggungjawab yang sebenarnya dipikul oleh si mati, atas kesedaran bahawa ia mesti disempurnakan sebagai hak anak Adam terhadap anak Adam, bukan kerana mendapat perintah, rayuan daripada qarin yang datang melalui mimpi, menyerupai si mati.

Sesungguhnya roh itu adalah urusan Allah, yang hanya Dia mengetahui hakikatnya.

- Pembaca yang ada kemusykilan alamatkanlah soalan kepada:

Dr. Amran Kasimin

Mingguan Malaysia

46M, Jalan Chan Sow Lin

55200 Kuala Lumpur.

Faks: 03-92213752

~~~~~aku kopi dan pasta~~~mcm benda makan plak....:D
 
atau mcm ni je laa....korang p kat www.utusan.com.my lepas tu kat atas tu (search/CARI) korang letak tajuk QARIN...nanti kang ada la Dr. Amran Kasimin cerita.......


tOksiak nak tanya~~~~penah tak korang tetiba je ternampak ikut ekor mata ada bayang2 mcm korang lepas tu hilang..???
Semua ni kena buka mata hati dgn ilmu2 Allah...jumpa la benda2 ghaib nih...aku ada baca atikel Dr. Amran kasimin jugak...Qarin ni sama dgn khadam,Qarin akan menjadi khadam yg setia bila kita amalkan surah2 tertentu terutamanya Ayat Kursi seberapa banyak n selama beberapa hari dan berpuasa...jadik laaa..tapi kena ingat itu semua kuasa Allah....suruh kahadam tadi buat elok...elok la jadinya...suruh buat jahat...jahat laa...tapi tk payah la buat...bergantunglah sepenuhnya kepada Allah....

Pernah dengar hantu raya tak....dia pendamping yg setia kalau kita nak.....ada sesetengah kata...itu juga qarin yg kita beri nama.....

tOksiak~~~MAAF, AKU MENAIP MENGIKUT APA YG AKU TAHU,JGN AMALKAN ATAU PERCAYA BULAT2,SEMUA TU ILMU ALLAH,SEMUANYA TERLINDUNG .....
 
Last edited:
aku perhatikan ajee.... heheheeee..:)
 
aku percaya bila seseorang tu nak mati banyak benda ghaib yang dia nampak. benda nih dah jadi kat moyang aku. dia dah uzur dan sakit tua. dia ada bagitau aku yang dia nampak orang jubah putih depan pintu datang tarik lengan dia. sapa benda tu tak tau la aku. pada aku la sebelum mati ni la last chance untuk setan n kuncu2 nya dtg nak sesatkan manusia.
 
Better tanya yang lebih arif pasal agama ni, jangan main hentam je..nanti boleh jatuh syirik dan sesat..:)
 
Realitinya ramai yang expert dalam teori tetapi tidak ramai yang pakar dalam praktikal.Berbagai-bagai teori yang kita tahu dan diberitahu.Sekiranya dasar sesuatu ilmu itu tidak dikenali dan difahami dengan sejelasnya maka akan menimbulkan berbagai2 salah tanggapan dan fahaman yang bermacam2. Ketakutan timbul kerana dari kecil lagi telah diprogramkan agar takut kepada benda2 unsur ghaib yg boleh menyebabkan kecelakaan. Mengapa? sedangkan sendiripun belum pernah menyaksikan apa itu hantu,saka, jin, Qarin, langsuir, pocong serta berbagai2 nama yg diberi mengikut keadaan tempat dan kaum.Sungguhpun berbagai nama diberi namum unsur2 ini hanyalah makhluk ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa yang mempunyai unsur2 yg terbatas.Tetapi mengapa manusia rata2nya bila disebut nama hantu dan jin akan mula ketakutan? sedangkan mereka sendiripun tidak pernah melihat dan merasai. Itulah kerana kefahaman mereka yang terbatas mengenai diri sendiri.Allahualam.
 
aku percaya bila seseorang tu nak mati banyak benda ghaib yang dia nampak. benda nih dah jadi kat moyang aku. dia dah uzur dan sakit tua. dia ada bagitau aku yang dia nampak orang jubah putih depan pintu datang tarik lengan dia. sapa benda tu tak tau la aku. pada aku la sebelum mati ni la last chance untuk setan n kuncu2 nya dtg nak sesatkan manusia.
perkara mcm ni kerap terjadi....
 
tapi soal manusia lahir kembar jin tu menyempang jauh...

tak nyimpang bro... memang setiap manusia lahir bersama qarin(jin kafir)...

nabi pernah kata... lebih kurang camni..." beza aku dengan nabi2 terdahulu adalah ada diantera isteri mereka kufur tetapi isteri aku solehah,, dan qarin mereka semua kafir tetapi qarin aku telah aku islamkan...
 
Back
Top
Log in Register