BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JIM Tahan 13 Warga Asing Salah Guna Pas Untuk Berniaga, Bekerja

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,176
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,176
Reaction score
346
Points
141

JIM Tahan 13 Warga Asing Salah Guna Pas Untuk Berniaga, Bekerja​

6a2b2cd87cfc263fe73d0aa58dff62296a295fe7eb37c

fb Jabatan Imigresen Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 13 warga asing yang disyaki menjalankan aktiviti perniagaan dan menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial dengan bekerja di premis di sekitar Sepang, Selangor semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata Bahagian Penguatkuasaan JIM Putrajaya menahan lapan lelaki dan dua wanita warga Indonesia serta tiga lelaki warga Bangladesh dalam operasi pada 10.20 pagi.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan menerusi pemeriksaan terhadap enam buah premis perniagaan yang menjalankan aktiviti kedai runcit dan pasar raya mini.

“Kesemua yang ditahan disyaki menjalankan aktiviti perniagaan dan menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial dengan bekerja di premis-premis tersebut.

“Operasi JIM bukan sahaja menyasarkan premis perniagaan yang disyaki milik warga asing tetapi juga kesalahan-kesalahan yang berkaitan penyalahgunaan pas oleh warga asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata modus operandi kebanyakan perniagaan ini adalah disyaki menggunakan lesen perniagaan yang didaftarkan atas nama warga Malaysia tetapi dioperasikan sepenuhnya oleh warga asing.

“Ia termasuklah pembayaran dalam talian yang menggunakan kod QR ke akaun bank pemilik yang disyaki warga asing.

“Sebahagian premis juga didapati menjual produk dan barangan yang khusus untuk pelanggan warga asing khususnya warga Bangladesh,” katanya.

Beliau berkata kesemua warga asing itu telah ditahan di Depot Imigresen Putrajaya di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

 
Back
Top
Log in Register