BTC USD 60,762.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Jika tak suka, pergi tempat lain'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Mohamad (depan, tengah) ketika membuat lawatan ke projek pembinaan bangunan baharu Medan Selera Ampangan, semalam.
< 1 / 1 >
SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi amaran kepada peniaga di Medan Selera Ampangan, dekat sini, supaya mencari lokasi perniagaan lain sekiranya ada antara mereka mengutuk kerajaan.

Beliau berkata, peniaga di situ sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan yang berusaha menyediakan kemudahan berniaga selesa dan bukannya berterusan mencari salah kerajaan.

“Mahu menumpang di gerai kerajaan, meminta macam-macam tetapi apabila sudah dapat, tempat menghentam kerajaan pula.

“Jika tidak suka dengan kerajaan BN, pergilah berniaga di Kelantan, Selangor atau Pulau Pinang. Ini saya dengar ada yang buka video ceramah parti pembangkang mengutuk kerajaan sepanjang hari, sedangkan berniaga di premis kerajaan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak akan teragak-agak menarik balik lesen peniaga di Medan Selera Ampangan baharu itu sekiranya penyewa enggan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

“Jika didapati ada peniaga mahupun operator yang tidak mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), kita akan minta mereka keluar daripada kawasan itu.

“Jangan main ikut suka hati kerana negara ini ada undang-undang dan peraturan. Orang yang suka mengutuk kerajaan juga, saya nasihatkan elok berhenti dan jangan berniaga di sini,” katanya pada sidang media selepas melawat Medan Selera Ampangan yang baharu, di sini semalam.

Sementara itu, Mohamad berkata, bangunan baharu Medan Selera Ampangan yang menelan belanja RM8.7 juta itu bakal menjadi mercu tanda dibanggakan penduduk sekitar kawasan Ampangan dan Seremban.

Beliau turut berharap ia dapat menjadi medan pelancong serta orang ramai untuk menikmati masakan Negeri Sembilan.

“Saya yakin tempat ini bakal menjadi tempat tumpuan orang ramai selepas ia beroperasi sepenuhnya.

“Saya amat berharap peniaga, operator dan orang ramai dapat menjaga kebersihan dan segala kemudahan disediakan," katanya.

Medan Selera Ampangan ini menempatkan 60 unit gerai makanan dan 10 lagi gerai kering seperti jualan suratkhabar, majalah, kraftangan dan lain-lain serta telah dibina mengikut spesifikasi ditentukan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/jika-tak-suka-pergi-tempat-lain-1.272927
 
Kalau macam tu kalau tak suka penyokong pembangkang takpayahlah bayar cukai. Apa punya mentalitilah MB Umno ni. Duit rakyat buat macam duit Umno yang punya.
 
kalau tak boleh terima pandangan rakyat tak yalah jadi pemimpin.
 
kalo tak suka kerajaan, tak payah bayar tol. he.. he...

ada bran??
 
cam tu lak. ikut suka depa la cam no pun nak wat. hahaha.
 
Kalau macam tu kalau tak suka penyokong pembangkang takpayahlah bayar cukai. Apa punya mentalitilah MB Umno ni. Duit rakyat buat macam duit Umno yang punya.

dh mmg pak menteri umno vangang2... mana dia sedar apa dia dok ckp tu...
 
macamlah negeri Sembilan tu hak Be End,
macamlah rezeki peniaga tu dtg dari Be End

tidakkah semua kat mukabumi ni milik Allah
tidakkah rezeki datang dari Allah
 
Menteri BN UMno ni semua jenis pentingkan diri...tak guna ada nama melayu or agama islam la kalau nak berlagak sombong mcm ni...

Tahikk betul ada manusia yang bergelar pemimpin selalu dok bercakap macam begini...

Parti BN lu dah jatuh nanti dah duduk side pembangkang nanti baru lu tau cilakak punya menteri tak guna
 
Back
Top
Log in Register