sepalola2008
Active+ Member
- Messages
- 3,212
- Joined
- Feb 8, 2008
- Messages
- 3,212
- Reaction score
- 5
- Points
- 25
Isteri diragut, suami maut
Oleh Iskandar Shah Mohamed
[email protected]
KUALA LUMPUR: “Saya tersentak apabila melihat motosikal ditunggangi mangsa tiba-tiba memecut laju menuju ke persimpangan jalan itu, diekori rapat sebuah motosikal lain dibelakang.
“Tidak lama kemudian, saya terdengar bunyi dentuman kuat dan segera bergegas ke lokasi sebelum melihat mangsa berada dalam longkang dipercayai terbabas selepas melanggar tembok sebuah rumah di situ,” kata saksi kejadian, Mohd Syazwan Mahyuddin, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, sepasang suami isteri berusia 34 tahun yang menjadi mangsa ragut dikatakan baru selesai membeli-belah di Pasar Raya Jaya Jusco di Taman Maluri, dan sedang menuju ke tempat kerja.
Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim, berkata mangsa dikenali Abdul Rahman Mohd Kalidin menunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo dan isterinya dihampiri dua lelaki tidak dikenali menaiki motosikal jenis Yamaha 135 LC yang datang dari arah belakang.
“Seorang daripada suspek kemudian bertindak agresif merentap rantai leher milik isteri mangsa, sebelum cuba menarik beg tangan dibawanya.
“Dalam keadaan panik itu, suspek menghimpit motosikal mangsa menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan dan merempuh dinding pintu pagar sebuah rumah di persimpangan jalan di Jalan Perkasa 2,” katanya di sini, semalam.
Menurut Amir, mangsa yang menetap di Kampung Pandan mengalami kecederaan teruk di kepala dan mati di tempat kejadian manakala isterinya cedera di muka dan patah tangan.
“Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat dan isterinya yang identitinya belum boleh didedahkan ketika ini menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kita (polis) akan mempergiatkan usaha memburu kedua-dua suspek bagi membantu siasatan,” katanya.
Berikutan itu, Amir meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Difahamkan, beberapa penduduk setempat yang menyedari kejadian itu cuba mengejar suspek sehingga ke Masjid Taman Maluri namun mereka berjaya meloloskan diri.
Sementara itu, usaha wartawan untuk menemuramah keluarga mangsa di HUKM dan HKL gagal.