aMNies
Freshie
- Messages
- 40
- Joined
- Aug 26, 2010
- Messages
- 40
- Reaction score
- 0
- Points
- 6
Adakah Anda Terlalu Banyak dan Terlalu Awal Memberikan Cinta?
"Saya dah berikan segalanya dan dia masih lagi tak cintakan saya", adalah perkara biasa yang kita dengar daripada perempuan.
“Macam-macam aku dah beri kepada si dia, tapi tak ade apa pun yang berlaku. Hadiah aku dia ambil, cakap terima kasih, aku ni baik orangnya…tapi tetap juga tak cintakan aku”, ini cerita lelaki pula yang biasa lelaki cakap dan lalui. Lelaki bagiiii je, perempuan ambilllll je, Tak pasal-pasal lelaki lain pulak yang dapat perempuan tu!
Permulaan, membuat macam-macam nampak macam normal dan selalunya memang seronok. Lagi pun, dalam bercinta la katakan, bukan ke memang sepatutnya kita buat macam-macam untuk orang yang kita sayang…dan tentu begitu seronok dan nampak patut sangat apa kita buat yang terbaik, bukan orang lain…untuk pasangan kita jugak.
TIDAK!Tidak patut anda melakukan semua itu sehinggalah perhubungan anda mencapai tahap yang sepatutnya dan tertentu. Sebelum tahap itu, anda hanya membuat perhubungan anda ‘sesak’ seperti memaksa bunga kembang sedangkan sepatutnya bunga itu kembang dengan semulajadi.
Memberi terlalu banyak dan awal adalah antara kesilapan besar wanita dan lelaki dalam bercinta. Ok, saya akan jelaskan kenapa perkara macam ni ‘menyesakkan’ perhubungan, bagaimana cinta itu berkembang dengan sendirinya, bagaimana nak tahu bila dan adakah anda memberi atau membuat terlalu lebih, kalau ya bagaimana nak buat, dan bilakah masanya untuk memberi dan membuat segalanya untuk orang yang anda cintai.
Mula-mula sekali kita mula untuk mengenali apakah cara-cara yang anda telah buat itu yang dikategorikan sebagai terlebih beri.
Terlebih Beri - Kita Mulakan
Cinta dan Kasih Sayang Terlalu Awal dan Terlalu Banyak
Baru jumpa dua kali dah cakap “I Love You”. Saya cinta kat awak…Saya sayang awak Jumpa kali ketiga dah macam tak nak balik. Jumpa macam dia berdua je la dalam dunia ni. Minggu kedua pulak pulak, tak cukup dengan jumpa. buat surat lagi, e-mail la, hari-hari macam tu.
Jadi lepas ni apa akan jadi pada perhubungan?Tunggu saja perhubungan itu berkecai.
Yati dan Amir jatuh cinta dalam sekelip mata. Baru satu ‘dating’ dah macam tak dapat dipisahkan. Amir belikan bunga;Yati pulak buat sandwich kegemaran Amir setiap hari. Amir bagi kad cinta hari-hari;Yati pun bagi selitkan nota cinta dalam poket Amir setiap hari.
Kemudian satu hari, Amir terlupa beli bunga. Yati amat sedih. Yati pulak terlupa selitkan nota cinta. Amir rasa kurang dicintai. Perasaan curiga mula menyelinap dalam percintaan mereka. Perhubungan mereka seterusnya bertambah retak dan menanti belah.
Komitmen Terlalu Awal dan Terlalu Banyak
Komitmen sebelah pihak walaupun secara sukarela memberi tanda bahawa terdapatnya unsur ‘terdesak’ dalam perhubungan. Lelaki akan buat macam ni tapi tak la selalu. Wanitalah yang akan selalu melakukan perkara ini kerana wujud perasaan takut kehilangan lelaki yang disayanginya walaupun lelaki tersebut tidak menunjukkan komitmen sepertinya dalam perhubungan.
Wanita akan cuba melakukan apa sahaja demi lelaki yang disayanginya dengan harapan ia dapat membuktikan kasih-sayangnya, dan berharap tindakannya akan membawa ikatan yang lebih kukuh dengan pasangannya. Selalunya ‘gagal’.
Hadiah Yang Terlalu Awal
Kalau anda masukkan elemen wang dalam perhubungan, anda akan meletakkan tekanan atas seseorang. Sekiranya anda seorang lelaki, wanita mungkin akan tersalah tafsir niat anda dan mungkin juga melihat ia semacam pertukaran, hadiah untuk sex. Kalau tidak pun, wanita kemungkinan akan rasa selesa dengan hadiah yang bermacam-macam dan kerap daripada anda, bila anda berhenti daripada memberi hadiah, si dia akan rasa kecewa.
Sekiranya anda seorang wanita pula, katalah anda menghadiahkan jam tangan yang mahal untuk pasangan anda di hari jadinya, dan anda juga suka berbelanja besar dan ekslusif, ia boleh merisaukan lelaki. Kemungkinan dia terfikir bagaimanakah agaknya cara anda berbelanja selepas kahwin nanti ya?Perlu diingat, walaupun anda seorang yang kaya, jarang ada lelaki yang mahu hidup bersama dengan seorang wanita yang secara terang menunjukkan cara hidupnya yang boros.
Senang cakap, jangan jadikan elemen wang sebagai tarikan utama dan berterusan untuk mendapatkan cinta pasangan anda kerana akhirnya anda pasti berhadapan dengan perhubungan yang porak-peranda.
Terlalu Banyak Maklumat dan Terlalu Awal
Lelaki dan perempuan selalu juga memberitahu banyak maklumat tentang dirinya terlalu awal dalam sesuatu perhubungan itu. Katalah baru dua kali anda berjumpa, tak patut sungguh anda ceritakan bahawa anda selalu bergaduh dengan adik-beradik anda, masalah keluarga dan segala perihal peribadi anda kepada si dia. Ini pasti memberikan gambaran yang tidak elok terus kepada anda sendiri di mata pasangan anda.