Forex123
Freshie
- Messages
- 14
- Joined
- Sep 30, 2008
- Messages
- 14
- Reaction score
- 0
- Points
- 3
Aku tak berniat nak pesongkan akidah sesapa... tujuan aku buka thread ni untuk bincang kalau2 ade yg terpengaruh dgn doktrin jesus itu tuhan. Bagi aku tetap sama... kepercayaan aku Allah itu tidak beranak dan diberanakkan... tu pasal soalan tu aku tuju kat missionary kristian atau website rakansiswa tersebut. Bagi Islam semuanya dah terang lagi nyata.... Nabi Isa AS tu bukan tuhan atau anak tuhan..diapun manusia biasa .... serupa kejadian Adam ataupun Muhammad Saw dan kita semua... so kepercayaan Jesus tu anak tuhan ataupun tuhan mmg tak berasas dan karut!!
Bukan karut lah bro, dalam kristian memang Jesus adalah adalah triniti . Ini bermaksud Jesus juga anak , bapa (Tuhan) dan juga roh kudus. Ok, izinkan saya menerangkan perkara ini dari sudut agama kristian, mengapa Jesus adalah triniti.
Sejak Jesus dilahirkan banyak perkara-perkara yang diluar kotak fikiran manusia dan manusia biasa tidak dapat menandingi kehebatan dan kebolehan Jesus. Contohnya, Jesus telah dilahirkan tanpa bapa, dan selepas Jesus membesar banyak mukjizat2 yang telah Jesus lakukan yang mana manusia biasa tidak dapat buat / lakukan.
Dan yang terhebat sekali adalah Jesus berkata : “ Aku adalah juruselamat”. Jesus berjanji akan datang lagi buat kali yang kedua ke muka bumi ini. MisiNya kali kedua ini adalah datang untuk menyelamatkan pengikut-pengikutNya daripada malapelaka besar yang belaku pada hari kiamat nanti.
Jadi disini jelas Jesus bukan manusia biasa, mana mungkin manusia yang dilahirkan beribu-ribu tahun dahulu dapat kembali semua pada hari kiamat nanti. Jesus dapat melakukan semua ini dan melakukan banyak mukjizat sebab Jesus adalah triniti.
Jadi bukan karut lah bro, dalam kristian Jesus adalah triniti. Jadi saya menerangkan semua ini berpandukan ajaran kristian. Saya mohon maaf kalau ada yang tersinggung.
Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan yang beragama Islam.
