BTC USD 81,549.9 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jesus Manusia Klon Pertama?

Kepada Saudara Klleman,

Kalau saudara dah ajukan soalan ini kepada forum MSN Malaysia dan rakansiswa , tetapi saudara belum juga menjumpai jawapan tentang soalan ini. Saya cadangkan saudara ajukan soalan saudara kat forum
http://www.indonesia.faithfreedom.org/forum/index.php

Saudara Forex123, Setelah meneliti forum tersebut saya merasakan ia bukan pentas hebat untuk tajuk ini. Kerana disana bukan laman web kristian.. ia lebih kepada pentas anti Islam. Jika saudara perhatikan dengan sekali sahaja..pasti saudara akan menjumpai petikan berikut:

MISSI KAMI [mantan Muslim] : menguak wajah Islam sebenarnya. [KAMI BUKAN SITUS KRISTEN !!!!]

Jadi..saudara "carilah laman web dakwah kristian seperti rakansiswa dan sewaktu dgn nya"... itu lebih baik dan menjauhi debat sampah seperti yg ada di referensi saudara itu...

Saya sedang merangka untuk mencari jawaban kepada suara_hati dalam artikel dia.. saya tahu dan percaya artikel tersebut bukan dikarang oleh pencarian dia seorang diri..itu adalah hasil kerja yang cukup tersusun dari banyak individu...
 
saudara forex 123 jelaskan kenapa manusia sprti Jesus dianggap tuhan
 
Pasal tajuk ni..kalau ade yg marah..aku minta maaf lerr
Sebenarnya mmg dah lama mende ni bermain difikiran aku sejak era aku layan forun MSN Malaysia dulu2.. kat sana aku dah pos persoalan ni kat Missionary kristian yg aktif dalam tu..tapi tak dapat respon pun...

Baru2 ni aku terjumpa pulak website dakwah kristian yg berbahasa Malaysia sepenuhnya dgn domain "rakansiswa" dgn topik utama mengenal tuhan dan berhubung dgn tuhan jesus. Akupun tanya persoalan yang sama..tapi sampai sekarang tiada respon juga...

So, aku rasa elok aku reveal kat CG ni... semoga boleh dibincangkan sbb aku tau persoalan ni mungkin sensitif bagi sesetengah orang...

Mukjizat2 dan ayat2 Quran yang diturunkan Allah melalui nabi Muhammad s.a.w kini teserlah satu persatu kebenarannya melalui kemajuan sains. Antaranya..pasal bulan yg terbelah dua..pasal ayat quran yg menyatakan penghuni neraka akan mendapat kulit baru setiap kali hangus..

Islam menolak Jesus sbg tuhan..namun tidak bagi Kristian.
Jesus mereka anggap sebagai anak tuhan,tuhan bapa dan keduanya adalah satu (triniti)

Jadi..persoalannya mungkin Jesus itu makhluk/manusia klon yang pertama Allah zahirkan untuk manusia berfikir dan mengkaji kejadian ini. Sebagaimana drp peristiwa tentera bergajah abraham tumpas kpd burung ababil, menjadi satu idea kepada teknologi perang terkini iaitu jet dan bom.

Kini bidang sains moden terus berkembang (kejuruteraan genetik)telah menemui teknologi klon...so adekah jesus telah menjadi satu cetusan idea akan teknologi ini?

Sebenarnya, cetusan idea daripada kejadian Nabi Isa jika dilihat secara mendalam bukanlah menjurus kepada kloning tetapi IVF (In Vitro Fertilization). Tetapi, kejadian sebenar Nabi Isa adalah satu mukjizat, namun harus diingat, kejadian ini tidak akan melanggar hukum Allah yang termaktub di dalam al-Quran di mana kejadian manusia adalah melalui percantuman sperma dan ovum.

Persoalan utama, bagaimana pula ovum Siti Maryam disenyawakan? Kejadian ini boleh dilihat pada hidupan yang berada di tahap yang lebih rendah berbanding manusia; seperti kebanyakan mikroorganisma. Mereka mengalami proses Parthanogenesis, namun, proses ini hanya untuk 'lower-level organisms'.

Tetapi, kejadian Siti Maryam juga masih boleh diselongkari dengan melihat prinsip Hermaphrodites. (Kemungkinan) Apa itu Hermaphrodites? Sila tanya En. Google!

Hermaphrodites atau Herms di Malaysia dikatakan sebagai 'khunsa', namun yang sebenarnya 'khunsa' bukanlah manusia yang berjantina dua sebaliknya genitalia yang berkembang atau develop sewaktu fetus mengalami abnormaliti. Di mana, kemungkinan besarnya, si perempuan akan mempunyai testikel dan ovari yang bersambung terus dengan uterus. Wallahualam.
 
Ok. Izinkan saya sekali lagi menerangkan hal ini dari sudut Agama Kristian.

• Yesus berkata: "Aku dan Bapa adalah satu." (Yohanes 10:30)

• "Sesiapa yang telah melihat Aku, dia telah melihat Bapa-Ku." (Yohanes 14:9)

• " Sesiapa yang telah melihat Aku, ia melihat Dia, yang telah mengutus Aku." (Yohanes 12:45)

• Tetapi jika orang tidak memiliki Roh Kristus, ia bukan milik Kristus. (Roma 8:9)

• " Kerana itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus." (Matius 28:19)

• "Yusuf, anak Daud, janganlah engkau takut mengambil Maria sebagai isterimu, sebab anak yang di dalam kandungannya adalah dari Roh Kudus." (Matius 1:20)

Sebenarnya, orang-orang Kristian yang tersilap menterjemahkan dan mentafsirkan New Testament (Injil). Perkataan 'Bapa' yang digunakan oleh Nabi Isa boleh membawa maksud yang Nabi Isa rapat dengan Allah (spitually), lagipun, dalam satu keluarga Bapa lebih berkuasa ke atas anak-anaknya; jadi, mungkin Nabi Isa ingin menyatakan bahawa Allah itu berkuasa ke atas diri Nabi Isa (pencipta dan hamba).


• Yesus berkata: "Aku dan Bapa adalah satu." (Yohanes 10:30); MUNGKIN membawa maksud yang Nabi Isa dan Allah adalah satu dari segi kebenaran, tidak semestinya fizikal.

• "Sesiapa yang telah melihat Aku, dia telah melihat Bapa-Ku." (Yohanes 14:9); MUNGKIN membawa maksud yang sesiapa yang telah melihat Nabi Isa, dia telah melihat Allah. Melihat Allah di sini SEPATUTNYA bukannya secara fizikal tetapi sebaliknya melihat keEsaan, kebenaran dan kekuasaan Allah melalui penciptaan Nabi Isa.

• Tetapi jika orang tidak memiliki Roh Kristus, ia bukan milik Kristus. (Roma 8:9); MUNGKIN bermaksud bahawa sesiapa yang tidak memiliki roh Kristus (Christ, Nabi Isa) ia bukan miliknya. Ini sudah terang, sesiapa tidak memiliki roh (roh boleh diertikan sebagai sifat dalaman atau kepercayaan) Nabi Isa iaitu menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya, maka orang itu bukan milik (KEMUNGKINAN erti milik di sini bermaksud pengikut kerana pengikut biasanya menyerahkan diri kepada orang yang mereka ikuti) Nabi Isa.

• " Kerana itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus." (Matius 28:19); Di sini Nabi Isa menyuruh membaptiskan semua bangsa muridnya (Bani Israel) dengan nama Allah. Roh Kudus atau Holy Ghost (Holy Spirit) ada diertikan sebagai malaikat oleh seorang penulis Islam.

• "Yusuf, anak Daud, janganlah engkau takut mengambil Maria sebagai isterimu, sebab anak yang di dalam kandungannya adalah dari Roh Kudus." (Matius 1:20) anak yang dikandung (Nabi Isa) itu adalah dari Roh Kudus. Bukankah Allah menyuruh Jibril untuk 'meletakkan' Nabi Isa di dalam kandungan Siti Mariam?

P/S: Saya ingin meminta maaf atas penggunaan nama Allah sebagai ganti diri Bapa kerana saya seorang muslim yang tidak biasa menggunakan perkataan 'Bapa' tu. Lagipun, sebenarnya Bukan salah Jesus (Nabi Isa), semua ini disalahtafsirkan oleh pengikut-pengikutnya, bukan? Kita sendiri sebagai orang Islam mempercayai kebenaran Nabi Isa.

Wallahualam.
 
Persoalan seterusnya ialah di manakah Jesus A.K.A Nabi Isa itu berada sekarang menurut Islam, adakah Beliau sudah mati atau masih hidup? Jika Beliau masih hidup, (menurut Islam) Jesus akan kembali pada masa dunia kiamat dan memerangi dajal, maka jika tibanya saat itu Beliau tentu sudah tidak mampu untuk memegang pedang untuk melawan dajal kerana sudah berumur(terlalu lanjut usia). Jika Beliau sudah mati dan dibangunkan semula untuk memerangi dajal pada hari kiamat, itu menunjukkan bahawa Jesus adalah seorang yang lebih daripada biasa kerana dibangunkan/dibangkitkan KHAS untuk menghadapi hari Kiamat. Jika Jesus itu dikategorikan sebagai manusia biasa (semua nabi adalah manusia biasa terpanggil melaksanakan kerja Allah menurut Islam)...maka ini adalah suatu perkara yang MUSTAHIL kerana belum ada manusia biasa yang dapat melawan kematian...kecuali orang yang telah dihidupkan oleh Jesus itu sendiri sewaktu beliau mempamerkan kehebatan/mukjizat Beliau kepada orang Yahudi...Ini membuktikan bahawa Jesus/Nabi Isa ini adalah seorang yang LUAR BIASA...Kenapa Allah begitu mementingkan Jesus/Nabi Isa berbanding nabi-nabi lain?? Allah boleh sahaja membangkitkan semula semua nabi-nabi lain bersama-sama Isa/Jesus untuk Hari PALING PENTING dalam kehidupan seorang manusia yakni Kiamat...tetapi hanya menyuruh Jesus seorang sahaja untuk menangani semuanya itu...??? Mungkin sahaja Tuhan amat menyayangi Jesus/Isa dan mempercayai Beliau seperti seorang Bapa menyayangi dan mempercayai Anaknya...
 
Sebenarnya, cetusan idea daripada kejadian Nabi Isa jika dilihat secara mendalam bukanlah menjurus kepada kloning tetapi IVF (In Vitro Fertilization). Tetapi, kejadian sebenar Nabi Isa adalah satu mukjizat, namun harus diingat, kejadian ini tidak akan melanggar hukum Allah yang termaktub di dalam al-Quran di mana kejadian manusia adalah melalui percantuman sperma dan ovum.

Persoalan utama, bagaimana pula ovum Siti Maryam disenyawakan? Kejadian ini boleh dilihat pada hidupan yang berada di tahap yang lebih rendah berbanding manusia; seperti kebanyakan mikroorganisma. Mereka mengalami proses Parthanogenesis, namun, proses ini hanya untuk 'lower-level organisms'.

Tetapi, kejadian Siti Maryam juga masih boleh diselongkari dengan melihat prinsip Hermaphrodites. (Kemungkinan) Apa itu Hermaphrodites? Sila tanya En. Google!

Hermaphrodites atau Herms di Malaysia dikatakan sebagai 'khunsa', namun yang sebenarnya 'khunsa' bukanlah manusia yang berjantina dua sebaliknya genitalia yang berkembang atau develop sewaktu fetus mengalami abnormaliti. Di mana, kemungkinan besarnya, si perempuan akan mempunyai testikel dan ovari yang bersambung terus dengan uterus. Wallahualam.

Jika itu berlaku maka Jesus adalah manusia pertama di kategorikan sebagai X-Men kerana mempunyai gen yang hanya diterima daripada Ibunya...(Bukan ble kena down-syndrome ke cam tu..?? hehehe) (Which is I think unlikely)...:D
 
Persoalan seterusnya ialah di manakah Jesus A.K.A Nabi Isa itu berada sekarang menurut Islam, adakah Beliau sudah mati atau masih hidup? Jika Beliau masih hidup, (menurut Islam) Jesus akan kembali pada masa dunia kiamat dan memerangi dajal, maka jika tibanya saat itu Beliau tentu sudah tidak mampu untuk memegang pedang untuk melawan dajal kerana sudah berumur(terlalu lanjut usia). Jika Beliau sudah mati dan dibangunkan semula untuk memerangi dajal pada hari kiamat, itu menunjukkan bahawa Jesus adalah seorang yang lebih daripada biasa kerana dibangunkan/dibangkitkan KHAS untuk menghadapi hari Kiamat. Jika Jesus itu dikategorikan sebagai manusia biasa (semua nabi adalah manusia biasa terpanggil melaksanakan kerja Allah menurut Islam)...maka ini adalah suatu perkara yang MUSTAHIL kerana belum ada manusia biasa yang dapat melawan kematian...kecuali orang yang telah dihidupkan oleh Jesus itu sendiri sewaktu beliau mempamerkan kehebatan/mukjizat Beliau kepada orang Yahudi...Ini membuktikan bahawa Jesus/Nabi Isa ini adalah seorang yang LUAR BIASA...Kenapa Allah begitu mementingkan Jesus/Nabi Isa berbanding nabi-nabi lain?? Allah boleh sahaja membangkitkan semula semua nabi-nabi lain bersama-sama Isa/Jesus untuk Hari PALING PENTING dalam kehidupan seorang manusia yakni Kiamat...tetapi hanya menyuruh Jesus seorang sahaja untuk menangani semuanya itu...??? Mungkin sahaja Tuhan amat menyayangi Jesus/Isa dan mempercayai Beliau seperti seorang Bapa menyayangi dan mempercayai Anaknya...

Di manakah Jesus/Nabi Isa berada sekarang? Kalau menurut agama kristian Jesus telah mati disalib (Hari Good Friday) dan dibangkitkan semula 3 hari kemudian (Ester Sunday). Jesus tidak mati , DIA dibangkitkan semula 3 hari kemudian. Jesus sekarang duduk di sebelah kanan BAPA. Jesus akan kembali semula ka dunia pada hari kiamat nanti. Bagi yang yakin dan percaya kepadanya pasti akan diselamatkan. Amen

Menurut Islam pula bagaimana, Di mana Nabi Isa / Jesus sekarang berada ?
 
Back
Top
Log in Register