profesor
Active+ Member
- Messages
- 3,446
- Joined
- May 7, 2007
- Messages
- 3,446
- Reaction score
- 265
- Points
- 46
Persoalan seterusnya ialah di manakah Jesus A.K.A Nabi Isa itu berada sekarang menurut Islam, adakah Beliau sudah mati atau masih hidup? Jika Beliau masih hidup, (menurut Islam) Jesus akan kembali pada masa dunia kiamat dan memerangi dajal, maka jika tibanya saat itu Beliau tentu sudah tidak mampu untuk memegang pedang untuk melawan dajal kerana sudah berumur(terlalu lanjut usia). Jika Beliau sudah mati dan dibangunkan semula untuk memerangi dajal pada hari kiamat, itu menunjukkan bahawa Jesus adalah seorang yang lebih daripada biasa kerana dibangunkan/dibangkitkan KHAS untuk menghadapi hari Kiamat. Jika Jesus itu dikategorikan sebagai manusia biasa (semua nabi adalah manusia biasa terpanggil melaksanakan kerja Allah menurut Islam)...maka ini adalah suatu perkara yang MUSTAHIL kerana belum ada manusia biasa yang dapat melawan kematian...kecuali orang yang telah dihidupkan oleh Jesus itu sendiri sewaktu beliau mempamerkan kehebatan/mukjizat Beliau kepada orang Yahudi...Ini membuktikan bahawa Jesus/Nabi Isa ini adalah seorang yang LUAR BIASA...Kenapa Allah begitu mementingkan Jesus/Nabi Isa berbanding nabi-nabi lain?? Allah boleh sahaja membangkitkan semula semua nabi-nabi lain bersama-sama Isa/Jesus untuk Hari PALING PENTING dalam kehidupan seorang manusia yakni Kiamat...tetapi hanya menyuruh Jesus seorang sahaja untuk menangani semuanya itu...??? Mungkin sahaja Tuhan amat menyayangi Jesus/Isa dan mempercayai Beliau seperti seorang Bapa menyayangi dan mempercayai Anaknya...
hehe.. baik kamu berhenti daripada berkata2 tentang perkara yang kamu sendiri tidak tahu.. jika tidak mahu memperlihatkan kejahilan kamu.. :">
