BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jeritan selamatkan dari digigit anjing liar

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Timani menunjukkan kaki anaknya yang cedera akibat digigit anjing liar.
< 1 / 1 >
PUCHONG – Jeritan kuat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun berjaya menyelamatkan dirinya daripada terus diserang seekor anjing liar, pagi semalam.

Ketika kejadian, kanak-kanak berkenaan sedang berjalan kaki bersama ibu dan adiknya yang berusia setahun berhampiran Uptown Bazar Puchong Permai.

Mangsa, Mohd Asri Meskat cedera di bahagian kaki kanan akibat digigit anjing liar terbabit.

Ibu mangsa, Timani Mohd Nor, 35, berkata, kejadian berlaku ketika dia, Asri dan seorang anak perempuannya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang di pasar berhampiran.

Katanya, sebaik tiba di kawasan kilang, tiba-tiba muncul seekor anjing berwarna hitam dari celah tepi kenderaan dan terus menyerang anaknya menyebabkan mangsa menjerit sekuat hati.

"Anjing itu menyerang kerana lapar. Kebetulan Asri ketika itu sedang memegang satu bungkusan makanan.

“Binatang liar terbabit bagaimanapun melepaskan gigitannya apabila anak saya menjerit sekuat hati, orang ramai yang berada berhampiran terus bergegas ke tempat kejadian untuk memberi bantuan,”katanya.

Mohd Asri yang cedera diserang anjing liar terbabit kemudian dibawa ke sebuah klinik swasta untuk mendapatkan rawatan.



sumber;http://www.sinarharian.com.my/jeritan-selamatkan-dari-digigit-anjing-liar-1.203175
 
Back
Top
Log in Register