eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Hubungan dijalin belum begitu intim, malah belum pernah bersua muka, tetapi seorang gadis mendakwa pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota sudah berani menawarkan khidmat seks kepada kenalannya hanya dengan tambah nilai top-up kredit telefon prabayar.
Bagi meyakinkan lelaki ‘hidung belang’ yang curiga jika itu hanya perangkap untuk mendapat wang mudah, gadis terbabit sanggup menghantar gambar bogel didakwa dirinya menggunakan MMS untuk menambahkan keyakinan mangsa.
Selain itu gadis terbabit, dikatakan pandai bermain kata, apabila bijak mengatur ayat memberahikan hingga membuatkan lelaki miang yang terpengaruh sanggup membuat bayaran seperti diminta untuk khidmat tidak wujud itu.
Lebih menarik apabila jumlah diminta hanya sekadar top-up prabayar RM10 untuk berkenalan dan bayaran lanjut untuk khidmat seks serendah RM50 hingga RM100 saja.
Menurut sumber, gadis terbabit mendakwa individu yang sanggup memindahkan kredit panggilan ke telefon bimbit mereka berhak ‘menyentuh’ atau mendapat layanan istimewa sebagai balasan.
“Bagaimanapun, gambar kiriman itu diragui gadis berkenaan dan dipercayai dimuat turun dari laman web lucah dan hanya digunakan sebagai umpan. Ia berikutan gambar yang menunjukkan bentuk badan dan warna kulit berbeza.
“Tambahan pula, gambar dikirimkan langsung tidak menunjukkan gambar gadis terbabit dan hanya menunjukkan badan dan bahagian sulit,” katanya.
Tapi semua itu hanya perangkap, gadis terbabit yang mahukan wang mudah kerana didakwa mangsa tidak pernah sampai di tempat dijanjikan walaupun bayaran perkhidmatan dijanjikan sudah dimasukkan dalam akaun bank.
Bukan hanya bayaran rendah, gadis top-up itu dikatakan sanggup tawar menawar apabila kononnya sanggup menerima tempahan untuk tarikh tertentu dan mangsa disyaratkan untuk memasukkan separuh bayaran dalam akaun diberikan.