BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jerat cinta Internet meningkat

dauss1209

Junior Member
Messages
56
Joined
Mar 22, 2012
Messages
56
Reaction score
0
Points
6
SHAH ALAM - Kes penipuan cinta di Internet di negeri Selangor meningkat dengan 239 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu berbanding 188 kes pada 2010 melibatkan nilai kerugian antara RM2,000 hingga RM60,000 setiap mangsa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Selangor, Superintendan Ng Keok Chai berkata, kebanyakan mangsa merupakan wanita bujang dan janda berumur 35 tahun ke atas yang sedang mencari teman hidup.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, majoriti suspek melibatkan warga Afrika yang memperdaya mangsa dengan menggunakan kata-kata indah dan janji manis ketika berkenalan melalui Facebook atau Twitter bagi menawan hati.

"Setelah dapat meyakinkan mangsa, suspek berpura-pura mengirim hadiah bernilai jutaan ringgit kepada mangsa dan kemudian menyamar pula sebagai pegawai kastam dengan mendakwa barangan itu telah ditahan dan perlu dibayar cukai
.
 
ada lagi modus operandi macam ni...
DAN
ada lagi yang boleh masuk jerat dgn taktik lama awang itam ni...~X(~X(:(scam
 
nak wat guane

wanita mesia cerdik sgt
 
Otak letak kat lutut kot....dah byk kes berlaku pun....ada yg terkena lg....
 
Back
Top
Log in Register