BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jenama Top terus dapat perhatian

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Pengarah Urusan Southern Lion, Annette Ling (tengah) dan Carmen (kanan) menunjukkan detergen Top dengan teknologi 'FreshCare' baru.


SOUTHERN Lion Sdn Bhd (Southern Lion), pengeluar pencuci pakaian jenama Top optimis terus melakukan inovasi produk dan fokus pada keperluan pelanggan untuk mengekalkan kedudukannya sebagai jenama detergen pakaian nombor satu di Malaysia.

Pengurus Kanan Pemasarannya, Carmen Foo berkata, sejak diperkenalkan di negara ini pada 2003, jenama Top mendapat perhatian ramai menerusi penyelesaian cucian inovatif dengan teknologi anti bau hapak.

Katanya, penerimaan ramai itu turut disokong oleh penyelidikan pemasaran berterusan yang memahami keperluan dan gaya hidup pengguna.

“Sehingga kini, Top terus mengubah industri detergen di Malaysia melalui penyelidikan canggih dan pembangunan berteknologi tinggi. Kami sentiasa menawan hati dan minda pengguna dengan menyediakan penyelesaian praktikal untuk menangani cucian pengguna.

“Sejak beberapa tahun ini, jenama Top menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia berdasarkan kaji selidik AC Nielson pada Ogos lalu,” katanya selepas pelancaran ‘Top Hygienically Clean – Innovation for Better Living Campaign’ di Subang Jaya, semalam.

Dalam pada itu, Carmen berkata, Southern Lion mengunjurkan pertumbuhan digit berganda dalam jualan produknya selepas pelancaran kempen itu.

“Setiap tahun, kita memperoleh jualan yang memberangsangkan dan kami yakin mampu mengekalkannya serta mencapai jualan lebih tinggi pada masa akan datang,” katanya.

Mengulas mengenai pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) 1 April depan yang akan memberi kesan kepada orang ramai dari segi harga, beliau berkata, syarikat itu akan meletakkan pelanggan sebagai keutamaan sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

“Kami tidak kata kami akan pindahkan (dengan letak harga tinggi) kepada pelanggan. Apa saja yang kami buat, kami akan mempertimbangkan juga kesannya kepada pelanggan sebelum dilaksanakan.

“Apa pun, kami akan terus buat pemantauan selepas GST dilaksanakan,” katanya.

Pada majlis itu, Southern Lion turut memperkenalkan teknologi ‘FreshCare’ yang mengandungi pewangi ‘Rich Lasting’ untuk kesegaran berpanjangan dan membebaskan haruman berkekalan sehingga 14 hari selepas dicuci.

Teknologi ‘FreshCare’ daripada Jepun itu dirumuskan dalam varian ‘Blooming Freshness’ terbaru.

Detergen serbuk Top boleh didapati dalam empat varian iaitu 'Super Colour', 'Super Hygienic, 'Super White' dan 'Blooming Freshness', manakala rangkaian detergen cecair pekatnya terdiri daripada 'Fresh Tropicana', Blue Ocenia', 'Color Care' serta 'Anti-bacteria'.

Top juga menawarkan detergen serbuk dan cecair untuk mesin basuh muatan depan, 'Top Lite' untuk kain halus dan pelembut 'Top Dayfresh'.
 
saya suka breeze
 
harap top dapat kekalkan harga die..kalo dynamo tu adoi harga die x tahan (untuk cecair botol)
 
Top ni femes sbb harge murah je dr lain2 jenama.
 
TOP memang top, rasanya memang pada dgn harga.
 
Back
Top
Log in Register