BTC USD 81,950.9 Gold USD 4,185.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

jemputan kenduri kawin

sejak kebelakangan ini aku rasa semacam je bila dpt jemputan kawin.dulu jemputan ditujukan utk seisi keluarga,senang cerita satu rumah boleh pergi la, tetapi sekarang ni, suami dan isteri sahaja yang dijemput, isi rumah yang lain tidak. tempat kenduri toksah cerita la,confirm kat club, dewan, hotel dll. Tapi bagi aku la,orang kedekut je buat benda mcm ni, kata nak bagi orang makan,jgn la bajet sgt,kalau x mampu nak bayar sewa mahal kat hotel buat je la kat dewan org ramai, pastu jemputan seisi keluarga, baru betul punya kenduri,ini tidak nak megah buat kat tempat ada class tapi kedekut x nak bagi org datang ramai ramai. itu pendapat aku la. korang kat dalam ni macam ne? patut ke kita menghadiri kenduri spesis mcm ni? buat kenduri kawin pasang khemah kat kawasan perumahan dan jemput semua org datang makan? ataupun kenduri kat hotel pastu selected org je yg dijemput?


Entahlah. Saya memang tak suka pegi kenduri orang kahwin pun, sebab ada acara memperlihatkan pengantin kpd tetamu, menepung tawar/menabur beras/merenjis pengantin. Semua yg ada ciri2 Hinduism dan tiada dlm perkahwinan islam sebenar. Jadi lebih baik tak datang langsung. Nanti di akhirat dicop bersubahat pulak. No offense.
 
masing2 punya taste la tt...klu tak nak pergi bgthu je direk kat dia...yg kita tak suka majlis cmtuh.

jgn pulak kata nak pergi,tp tak pergi..sebb tmpt dah dikhaskan utk kita.nt myusahkan pulak..mcm pernah aku buat dulu..hahahahaha
 
duit diorang, biarkanlah nak belanja lagu mana pun. kita bersangka baik udahla.. kahwin kecik, org persoal. kahwin grand,pun org persoal. kahwin org persoal, tak kahwin lagi lah org persoal. rezeki masing-masing. lainlah kalau kita ada share sama nak buat majlis diorang.

sama la mcm kes vapor 17k & helmet 47k. duit diorang, sukahati lah diorang nak buat mende.

selalu camni diorang buat sbb nak elakkan pembaziran / overspent dari bajet asal. aku pernah pegi wedding grand nak mati, siap aku kena pakai suit bagai tapi makan, ya Allah sedap nak mati.. tak menyesal aku dtg. ada yg meriah tapi makanan tak sedap, pun tak guna jugak. ada pro n con nya. kita bersangka baik udahla.. kita pun bukan setiap wedding bagi hadiah / duit kan? relax sudah
 
Main ajak je x kira berapa ramai..

Makan x cukup.. Kena kata jugak..
Makanan terlebih pun nanti kena kata jugak..

Buat bajet2 ngam kira kehadiran mcm n pun org mengata jugak..
 
nama pun majlis meraikan pengantin, makanan tu sekadar terima kasih kerana sudi hadir utk meraikan. kalau nak makan yg sedap2 dan boleh datang ramai2 pegilah majlis yg khas utk makan2 umapamnya majlis open house raya.
lain event lain caranya...
 
sapa yg buka thread dialah yg butthurt.
rilek sudah tt...
 
sejak kebelakangan ini aku rasa semacam je bila dpt jemputan kawin.dulu jemputan ditujukan utk seisi keluarga,senang cerita satu rumah boleh pergi la, tetapi sekarang ni, suami dan isteri sahaja yang dijemput, isi rumah yang lain tidak. tempat kenduri toksah cerita la,confirm kat club, dewan, hotel dll. Tapi bagi aku la,orang kedekut je buat benda mcm ni, kata nak bagi orang makan,jgn la bajet sgt,kalau x mampu nak bayar sewa mahal kat hotel buat je la kat dewan org ramai, pastu jemputan seisi keluarga, baru betul punya kenduri,ini tidak nak megah buat kat tempat ada class tapi kedekut x nak bagi org datang ramai ramai. itu pendapat aku la. korang kat dalam ni macam ne? patut ke kita menghadiri kenduri spesis mcm ni? buat kenduri kawin pasang khemah kat kawasan perumahan dan jemput semua org datang makan? ataupun kenduri kat hotel pastu selected org je yg dijemput?

suka hati dia lah duit depa. melayu tahu komen je. entah2 time ko atau anak2 ko kawin pun buat macamtu
 
Back
Top
Log in Register