Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Jejak pasangan dera bayi
KUALA LUMPUR: Polis sedang menjejaki pasangan yang menghantar seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun (gambar) yang didera hingga mati ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Sabtu lalu.
Pasangan berkenaan yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Iswara menghantar kanak-kanak lelaki itu yang dipercayai sudah meninggal dunia dengan banyak kesan lebam di seluruh badan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengesan pasangan berkenaan bagi membantu siasatan.
Katanya, siasatan awal, seorang wanita menghantar kanak-kanak itu ke PPUKM untuk menerima rawatan sebelum meninggalkannya.
“Hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan akibat didera,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), di sini, semalam.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jejakpasanganderabayi/Article/index_html