BTC USD 83,126.9 Gold USD 4,179.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jejak asal-usul tulisan Jawi

istinggar

Active Member
Messages
1,315
Joined
Jun 5, 2010
Messages
1,315
Reaction score
43
Points
35
Huruf-huruf Jawi telah wujud di kepulauan Melayu sejak berkurun lamanya. Ia disepadukan dengan satu ikatan kuat dengan tulisan Arab, yang mendatangi jalannya ke kepulauan Melayu bersama-sama dengan Islam yang disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah Muslim dari Arab, India dan China sekitar abad ke-7.

Terdahulu daripada tulisan Arab, bangsa Melayu menggunakan tulisan rencong yang ditulis pada batang buluh dan daun-daun. Ini kemudiannya disusuli dengan penggunaan tulisan kawi dan palava, kedua-duanya berasal dari India.

Dengan kedatangan Islam, orang-orang Melayu cuba menggunakan aksara palava atau kawi untuk menulis berkenaan Islam namun kedua-duanya tidak sesuai kerana ia tidak dapat membunyikan rangkap-rangkap Al-Quran dan Hadis dengan betul.

"Situasi ini menyebabkan orang Melayu bereksperimen dengan aksara Arab. Justeru, tulisan Jawi sememangnya penciptaan daripada Melayu biarpun didasari oleh skrip Arab," kata Dr Hashim Musa, bekas pensyarah Akademi Pengajian Melayu dari Universiti Malaya yang telah menulis buku "Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi".

Beliau berkata kesudahannya orang-orang Melayu memasukkan beberapa huruf demi mematuhi suku kata Melayu, iaitulah 'che', 'nge', 'pa', 'ge' dan 'nye. Huruf 'vi' diperkenalkan kemudiannya pada 1990-an oleh pengasuh bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bukti terawal kewujudan tulisan Jawi diperoleh dari penemuan prasasti yang dibuat pada batu bertarikh 702H (1303 AD) dan menurut Hashim, huruf-huruf Sanskrit masih boleh dilihat pada batu bersurat tersebut.

Namun tertib tulisan Jawi moden hari ini merupakan inisiatif penyeragaman tulisan Jawi yang dibuat oleh Zainal Abidin Ahmad, tokoh tersohor kesusasteraan Melayu atau lebih dikenali sebagai Pendeta Za'ba, yang menghasilkan "Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi", diusahakan olehnya pada 1938 dan diterbitkan pada 1949.

-BERNAMA-

Tulisan rencong Melayu:

400pxkerincirencongidqy9.png


Jawi:

jawialphabet02qv2.png



Bahasa Melayu di Jepun

malaigoyonshukan.jpg


Marai-go Yon shu-kan "Bahasa Melayu Dalam Empat Minggu" ditulis oleh Yoshichika Tokugawa pada 1937, diulang cetak 30 kali sehingga 1960 malah masih diterbitkan pada 1986 (edisi semakan).

Di dalamya ada pelajaran tulisan Jawi.
 
tulisan Jawi skang ni pun masih terawang2...
masyarakat kita dah ramai tak tau baca n tulis jawi...
aku cuma boleh baca je..kira masih lagi OK ler...hehehe
 
Back
Top
Log in Register