BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jeffrydin terima gelaran Datuk

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
MELAKA - Penyanyi popular irama pop yeh yeh tahun 60-an, Jeffrydin atau nama sebenarnya Jefrydeen Imbrom Soekaman dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-71 hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Omar Kaseh berkata, Jeffrydin akan dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM).

Istiadat penganugerahan berkenaan yang turut melibatkan 1,230 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada hari ini dan esok.

Jeffrydin, 62, yang berasal dari Singapura popular dengan lagu-lagu Kenanganku, Siti Haida dan Mas Mona.

Beliau ketika dihubungi menyifatkan anugerah itu sebagai satu pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam memartabatkan bidang seni suara selama 40 tahun.
 
Tahniah Datuk Jeff.... :)cgrock
 
genap setahun shah rukh khan kite dapat dato
 
kalo beliau mmg patut dapat...tapi shah rukh ape ke jadahnye...
 
mengapa tokoh2 agama kurang dapat gelaran Dato'/Tan sri berbanding artis?
 
tahniah diatas kurniaan Datuk mudahan2
ramai lagi yang akan mendapat gelaran tersebut..
jika boleh beri semua title datuk kpd semua
rakyat Malaysia ..best punya.
 
tahniak pak jef..
bila nak mai umah??he3..
dah lamer xjumpe...
 
Back
Top
Log in Register