eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
LUMUT 16 Ogos - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah hari ini melahirkan rasa kecewanya terhadap badan korporat di negara ini yang kelihatan seperti tidak berminat menyumbang kepada Tabung Hari Pahlawan 2008.
Beliau yang juga penaung kempen Hari Pahlawan 2008 berkata, sambutan golongan korporat terhadap kempen itu amat dingin apabila tidak banyak syarikat swasta tampil menghulurkan derma bagi mengisi tabung tersebut setakat ini.
Justeru, katanya, beliau sangat berharap badan korporat dapat menghulurkan sumbangan kepada tabung itu yang akan digunakan bagi membantu balu dan anak bekas anggota tentera yang kehilangan tempat bergantung.
''Sepatutnya mereka menyokong kempen Tabung Hari Pahlawan yang diwujudkan khas untuk membantu bekas tentera yang sanggup berkorban nyawa menjaga kita sepanjang masa termasuk ketika tidur.
''Jadi memang sepatutnya masyarakat termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) prihatin dengan nasib bekas tentera dan cuba menyayangi mereka yang telah berjasa kepada kita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan sempena Hari Pahlawan 2008 ke Hospital Angkatan Tentera (HAT) di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini hari ini.
Turut mengiringi beliau ialah Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar dan isteri, Datin Sarah Tun Ghafar serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan HAT, Leftenan Jeneral Datuk Dr. Sulaiman Abdullah.
Dalam lawatan itu, Jeanne sempat mengunjungi 47 pesakit di wad lelaki, perempuan dan kanak-kanak sambil bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan hamper manakala pesakit terdiri daripada bekas tentera turut menerima sumbangan wang.
Selain melawat HAT, beliau turut meluangkan masa kira-kira sejam mengunjungi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang menempatkan kanak-kanak istimewa iaitu anak-anak kepada warga TLDM Lumut.
Sejak isu duit derma tsunami tak sampai pada tangan yang memerlukan orang dah tak minat nak kasi sumbangan yang dianjurkan oleh kerajaan. baik letak dalam tabung masjid lagi bagus