BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS JDT II 1 - 2 Perak FA : JDT 2 rebah diasak Seladang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,877
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,877
Reaction score
290
Points
146


3280132.webp

JDT 2 gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila tewas kepada Perak FA pada aksi Liga A1 Semi Pro di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) pada Sabtu. Foto FB Johor Southern Tigers

SKUAD Johor Darul Ta'zim 2 (JDT 2) gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila tewas 1-2 kepada Perak FA pada aksi Liga A1 Semi Pro di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) pada Sabtu.

JDT 2 bermula garang sebaik wisel permulaan dengan mengatur asakan ke gawang pelawat bagi membuka jaringan.

Namun, asakan-asakan berkenaan gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan skuad Perak FA.

JDT 2 kemudiannya memiliki peluang terbaik untuk meledak jaringan pembukaan, namun rembatan Danish Hakimi Sahaludin pada minit ke-20 tinggi melepasi palang gol.

Dua minit berselang, kapten Perak FA, Kamal Arif Azrai Shakimar berjaya menyambar serta menolak masuk setelah penjaga gol JDT 2, Zulkifli Sharani gagal menangkap kemas hasil sepakan percuma.

Bagaimanapun, gol berkenaan dibatalkan pengadil perlawanan, Mohamad Haziq Iqmal Ayazi kerana Kamal Arif Azrai telah ofsaid terlebih dahulu.

Bagaimanapun, penyerang Perak FA, Muhammad Rafieq Al-Amzar Zulkifli, berjaya mengejutkan tuan rumah pada minit ke-32 apabila berjaya melepasi kawalan pertahanan sebelum merembat deras untuk gol pembukaan perlawanan.

Tersentak dengan gol berkenaan, kesebelasan JDT 2 mula bangkit mengatur asakan ke gawang Perak FA bagi menjaringkan gol penyamaan.

Hasilnya, pemain import Celso Jose, menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-37.

Penghujung babak pertama menyaksikan tiada tambahan jaringan dihasilkan dan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 menuju bilik persalinan.

Babak kedua menyaksikan Perak FA hanya memerlukan seminit bagi menjaringkan gol kedua menerusi jaringan Muhammad Fadhil Mohammad Azmi yang bijak menyempurnakan hantaran sepasukan hasil sepakan percuma pada minit ke-46.

Gol tersebut dilihat semakin menyemarakkan semangat kesebelasan Perak FA untuk terus mengasak ke gawang JDT 2 bagi menambah jaringan.

Namun, JDT 2 dilihat berjaya mengimbangi asakan-asakan tersebut sambil mengatur asakan-asakan ke gawang Perak FA.

Minit ke-76 Perak FA sekali lagi berpeluang menambah jaringan apabila Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil berjaya melepasi kawalan pertahanan JDT 2, namun rembatan leretnya gagal menepati sasaran.

Penghujung babak kedua menyaksikan JDT 2 terus buntu untuk mencari jaringan penyamaan dan sekaligus menyaksikan skuad Harimau Selatan 2 itu tewas buat kali kedua setelah tewas kepada Seoul Phoenix 0-1, 16 Ogos lalu.
 

Tewaskan JDT 2, bonus buat Yob​

3280198.webp

Benteng pertahanan Perak FA mengawal ketat pergerakan penyerang JDT 2, Jean Franco. Foto Johor Southern Tigers

PENGENDALI Perak FA, Syamsul Saad menyifatkan kemenangan 2-1 ke atas Johor Darul Ta’zim 2 (JDT 2) dalam saingan Liga A1 Semi-Pro 2025/26 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) pada Sabtu sebagai bonus buat skuad Kejor Yob Kejor.

Menurut Syamsul, sasaran awal yang ditetapkan adalah untuk tidak tewas dalam perlawanan tersebut dan berjaya membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

“Kita datang dengan misi untuk tidak kalah dan saya percaya semua pemain jelas dengan misi itu.

“Kita juga telah meneliti aksi terakhir JDT 2 dan dapati mereka memang berbahaya ketika melakukan serangan balas. Jadi, kita tidak boleh bermain secara terbuka kerana ia akan menyebabkan kita dibolosi lebih banyak.

“Bagaimanapun, hasil disiplin dan pematuhan terhadap segala perancangan, sasaran untuk tidak tewas tercapai dan kemenangan ini merupakan satu bonus buat pasukan. Alhamdulillah,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Dalam perlawanan tersebut, Perak FA berjaya merobek gawang JDT 2 pada minit ke-22 menerusi kapten, Kamal Arif Azrai Shaimar, namun jaringan itu dibatalkan oleh pengadil, Mohamad Haziq Iqmal Ayazi kerana Kamal Arif Azrai didapati berada dalam kedudukan ofsaid terlebih dahulu.

Bagaimanapun, penyerang Perak FA, Muhammad Rafieq Al-Amzar Zulkifli mengejutkan JDT 2 dengan jaringan pada minit ke-32 sebelum pemain import tuan rumah, Celso Jose, menyamakan kedudukan pada minit ke-37.

Sebaik babak kedua bersambung, Perak FA sekali lagi merobek gawang JDT 2 menerusi jaringan Muhammad Fadhil Mohammad Azmi pada minit ke-46, sekali gus memastikan kemenangan pelawat.

Sementara itu, Syamsul mengakui skuad kendaliannya beraksi secara bertahan sebagai langkah mengekang jentera serangan JDT 2 daripada menjaringkan gol.

“Kita tahu kualiti JDT 2. Jika kita bermain secara terbuka, kita akan dibolosi. Perkara ini memang telah kita kaji.

“Namun begitu, ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki kerana dalam perlawanan ini kita juga mencipta peluang ke pintu gol JDT 2. Apa pun, alhamdulillah, sasaran untuk tidak tewas telah dicapai,” katanya.
 

Gol kedua Yob ‘musnahkan’ kami - Josep Ferre​

3280254.webp

Ferre Foto Johor Southern Tigers

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim 2 (JDT 2), Josep Ferre menyifatkan gol kedua Perak FA seawal babak kedua, memusnahkan harapan skuad kendaliannya itu bagi meraih tiga mata berharga di laman sendiri apabila tewas 1-2 pada aksi Liga A1 Semi-Pro di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), pada Sabtu.

Ferre berkata, gol kedua itu juga dilihat telah meragut semangat kesebelasan skuad kendaliannya itu untuk bangkit pada perlawanan berkenaan.

“Mereka (Perak FA), menjaringkan gol (kemenangan) hasil daripada sepakan percuma susulan kekasaran yang didakwa berlaku.

“Bagaimanapun, kekasaran itu mungkin boleh dipersoalkan kerana ia merupakan kesalahan yang sama berlaku ketika perlawanan dengan Seoul Phoenix sebelum ini.

“Lagi pun, memang sukar ketika berdepan dengan pasukan yang mengamalkan corak permainan bertahan dengan meletakkan sembilan hingga 10 pemain,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Perak FA berjaya merobek gawang JDT 2 pada minit ke-22 menerusi kapten, Kamal Arif Azrai Shaimar, namun jaringan tersebut dibatalkan pengadil Mohamad Haziq Iqmal Ayazi kerana Kamal Arif Azrai didapati ofsaid terlebih dahulu.

Bagaimanapun, penyerang Perak FA, Muhammad Rafieq Al-Amzar Zulkifli mengejutkan JDT 2 menerusi jaringan pada minit ke-32 sebelum pemain import, Celso Jose menyamakan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-37.

Sebaik permainan bersambung pada babak kedua, Perak FA sekali lagi merobek gawang JDT 2 pada minit ke-46 menerusi jaringan Muhammad Fadhil Mohammad Azmi yang sekali gus merupakan gol kemenangan skuad Kejor Yob Kejor itu.

Sementara itu, Ferre mahu kesebelasan JDT 2 kembali bangkit menjelang aksi berdepan Machan FC, Jumaat ini.

Katanya, perlawanan itu penting dan kesebelasan pemain perlu mempamerkan aksi terbaik untuk meraih kemenangan dan meraih tiga mata berharga.

“Perlawanan menentang Machan FC ini perlu dimenangi dan pemain perlu ingat, mereka bukan lagi bermain dalam liga yang dibarisi pemain bawah 23 tahun, tetapi turut dibarisi pemain senior dan juga pemain import.

“Oleh itu, mereka perlu beraksi di tahap tertinggi bagi memastikan kejayaan pasukan,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register