BTC USD 83,840.0 Gold USD 4,165.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS JDT Fans Thread PART 1 Now Closed

Status
Not open for further replies.
Bayang kan semua team bila jumpa jdt je, buat perangai cam penang.
Mmg x berkembang la skill player JDT. Maka rosak la ranking Malaysia. Dan terkubur la visi misi bos kita. Tu yg diorang sorak nanti.

Sblm game start mesti coach dia akan ckp "OK guys arini kita jgn jaringkan gol xperlu buat serangan cuma kita berkumpuljer depan gol kita supaya tak bolos,kita perlukan seri utk game mlmni kita xperlukan kemenangan tapi kita jgn kalah,taktikal kita pada mlmni bertahan dan melambatkan game dgn lakonan yg anda semua tau apa perlu buat"
 
tgk nadi arena tadi bkn main bersyukur keeper penang tu kalah tipis. rezeki kami mlm ni kalah tak lbh dari 1 gol.
apa punya pemikiran lah.
 
90 minit asyik nak lambat kan permainan ajer, mana mental tak rabak, lepas tu boleh gol pulak tu, amik kau, puas menganjing, itu pun jiran sebelah cakap kalah bermaruah. Nampak sangat mentaliti pemain pulau pinang memang main untuk seri yg penting jgn kalah, last2 kalah juga, tengok di punya kecewa bila gol ngalahkan gagal juara piala dunia. Main mati2an hanya untuk seri, hanya di malaysia, kalah dgn team lain tak pe jangan dgn JDT. Nampak tak permainan dia, lu dah nampak, lu fikir lah sendiri. Bukan aku yg cakap. Jgn kecam aku. MACAM ADA YG TAK KENA LIGA SUPER TAHUN NI. Dah 2 game JDT kena, team pengacau, yg penting tahun ni bukan JDT yg juara liga super, kita tunggu sehingga hujung musim, kepada allah kita berserah, aamiin,

biasa la tu bro.jadi team yang power macam ni la.kalau seri pon dah kira macam menang dah.

ni yang orang pgil taktikal.kalau diorang nak main 10 orang defend pon tak salah kan.cabaran2 macam ni la yang akan menguatkan lagi team korang.kalau selalu maen ngan team hak ceroi pon nanti player overkompiden plak.xbagus gak
 
Feeling Final...:D:D

13177339_1687452334840911_6195047695867104114_n.jpg
 
offtopic**

KUASA NEGERI JOHOR

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor.
Dengan segala perkara-perkara yang sedang berlaku dalam negara pada masa ini, ianya seperti menunjukkan sudah tiba masanya untuk menjelaskan kuasa yang telah termaktub dalam negeri Johor. Adakah anda fikir semua ini adalah satu kebetulan? Jawapannya adalah tidak. Rancangan untuk menggunakan 'Order' ini bermula sejak 1893 apabila Sultan Abu Bakar mempersembahkan ilham baginda di dalam satu persidangan 'World Fair' yang diadakan di Chicago. Sejarah penubuhan dewan negeri di Johor adalah satu fenomena permodenan negeri Johor yang dicetuskan oleh nenda saya Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1868.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 merupakan permulaan sistem raja berperlembagaan. Undang-undang ini telah melalui beberapa pindaan, kuasa perundangan masih dibawah Dewan Negeri dan tertakluk kepada perkenan Raja. Sejarah juga menyatakan bahawa Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor telah dijadikan model dan rujukan dalam menggubal Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang lain, bermula dengan Kerajaan Negeri Terengganu 20 tahun kemudiannya.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh sesebuah negeri, badan perundangan adalah dibentuk oleh dua komponen utama iaitu Yang DiPertuan Agong dan Majlis Parlimen di peringkat pusat atau Raja dan Dewan Negeri di peringkat negeri. Oleh yang demikian adalah tidak wajar sekiranya kuasa Agong atau Raja dalam meneliti dan memperkenankan sesuatu rang undang-undang itu dihadkan atau dihapuskan.

Ia akan menjadikan peranan Agong atau Raja hanya sebagai "Rubber Stamp" untuk menurunkan Cop Mohor terhadap rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Negeri. Saya tahu perkara ini telah berlaku diperingkat persekutuan dan beberapa negeri, Tetapi tidak di Negeri Johor. Jika dahulu orang-orang Melayu bersatu menentang Malayan Union apabila kuasa raja dikecilkan dan dipaksa menerima penasihat British.

Namun kini parti politik Melayu jugalah yang telah menghadkan kuasa Agong dalam mempertimbangkan sesuatu rang undang-undang dan lebih teruk lagi memaksa Yang DiPertuan Agong untuk menerima dan bertindak mengikut apa jua nasihat Jemaah Menteri. Inilah pindaan kepada perkara 40(1A) dan perkara 66(4A) Perlembagaan Persekutuan yang telah dibuat oleh Parlimen Malaysia sebagaimana Akta 885 yang berkuatkuasa Mulai 26 Jun 1994, yang telah merampas kuasa Yang DiPertuan Agong demi untuk kepentingan politik atau kepentingan peribadi. Jangan orang luar berani campur tangan dengan hal pengurusan Negeri Johor. Johor ada sebuah misi. Misi tersebut adalah untuk mengembalikan "Order".

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim
 
tgk nadi arena tadi bkn main bersyukur keeper penang tu kalah tipis. rezeki kami mlm ni kalah tak lbh dari 1 gol.
apa punya pemikiran lah.

Ni satu sebab utama kenapa Penang duduk bawah. Game dgn JDT Penang terlalu pandang JDT tinggi sgt. Sedangkan byk team llain boleh tunjuk fight dgn JDT mcm Perak,Kedah,Polis...

Setiap tactikal lawan mesti ada cara nk atasi.Ni tactikal lambatkan permainan pun masuk list.

Defend mcm ni sama mentality mcm Malaysia vs Arab aritu
:p
 
Tiket final dah boleh beli kat Laken yek...minimum 2 pcs coupel pakej.....jgn lepaskan peluang aksi terhebat dan kemuncak Fa cup..
 
byk gol last minit/masa tambahan :))

13177078_620175328145770_7352973914249189413_n.jpg
 
SENARAI PENJARING GOL JDT SETAKAT 6HB MEI 2016 (PIALA AFC, LIGA SUPER MALAYSIA & PIALA FA)

13133191_620173198145983_6004067631762884627_n.jpg
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register