JOHOR BAHRU: Pemain gantian, Safee Sali muncul penyelamat apabila menyumbat gol
kemenangan pada masa tambahan bagi membolehkan Johor Darul Ta'zim (JDT)
menewaskan Pulau Pinang 1-0 pada aksi tunggal Liga Super di
Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan anak buah Mario Gomez berkongsi 24 mata
dengan FELDA United tetapi menduduki tempat kedua kerana perbezaan
jaringan, manakala Pulau Pinang kekal di tangga kedua tercorot dengan
enam mata.
Ketiadaan kapten Safiq Rahim yang digantung satu perlawanan
bagaikan merencatkan gerakan menarik tuan rumah tatkala posisi tengah
seolah-olah hilang arah untuk menjana gerakan menarik pada babak pertama.
-
cari import 1 la ganti elcopoto
Bermula babak kedua, tuan rumah mengatur gerakan dan hampir meleraikan
jaringan pada minit ke-46 selepas tindakan berani Amirul Hadi Zainal
yang menyusup masuk ke dalam kotak penalti bertindak mengumpan bola
kepada Martin Lucero namun bola rembatan sekadar sipi dari pintu gol.
Sedar betapa tuan rumah sering mengasak untuk mencari gol, skuad
bimbingan Manzor Azwira Abd Wahid mengubah corak permainan dengan
lebih
gemar berkampung di kawasan sendiri bagi menghalang
setiap gerakan berbahaya anak didik Mario Gomez.
Malah penjaga gol pelawat, Sani Anuar Kamsani menjadi duri dalam
daging buat tuan rumah selepas bertindak menyelamat bola hasil
bola tandukan Lucero pada minit ke-81 yang menerima bola umpanan
pemain gantian Mohd Amri Yahyah.
Ketika aksi tampak berkesudahan dengan keputusan seri,
Safee muncul wira apabila meledakkan jaringan pada
minit ke-95 masa tambahan untuk memastikan kemenangan
buat tuan rumah.
http://www.bharian.com.my/node/150954
mng tipis ke tebal ke masih rekod bersih