JOHOR DARUL TAKZIM BELASAH WOODLANDS WELLINGTON 5-1
https://www.youtube.com/watch?v=TXq9qz4ext4
Kelab Johor Darul Takzim yang berstatus pasukan termahal dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan bermula garang apabila membelasah Woodlands Wellington 5-1 pada aksi pra musim Jemputan Empat Penjuru Piala Tunku Mahkota Johor di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin,
Kemenangan itu meletak skuad kendalian Fandi Ahmad layak ke pentas final saingan kalah mati itu dan menanti pemenang antara Pahang dan Johor yang akan beraksi,
Tanpa menyenaraikan pemain import, Simone Del Nero yang mengalami kecederaan dan merehatkan Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Nurul Azwan Roya di babak pertama tidak menghalang skuad Harimau Selatan menguasai perlawanan.
Seawal minit kesembilan, jaringan yang dinanti penyokong skuad Harimau Selatan menjelma selepas bola sepakan percuma Daniel Guiza dari jarak 20 meter yang terbias benteng Woodlands Wellington menyaksikan penjaga gol, Ahmadulhaq Che Omar sekadar melihat bola menerjah jaring.
Ketika aksi memasuki minit ke-39, giliran Safee Sali mencetak nama selaku penjaring hasil bola tolakan Guiza yang bertindak pantas membuka ruang kepada penyerang kebangsaan itu melepasi benteng pertahanan pelawat untuk merembat bola leret menewaskan Ahmadulhaq.
Safee sekali lagi menceriakan lebih 20,000 penyokong setia Harimau Selatan pada minit ke-44 apabila bola rembatan leret dari jarak 35 tepat menerjah jaring namun pada babak kedua Khalid Hamdaoui mencipta jaringan buat Woodlands Wellingtonpada ke -51 hasil rembatan dari luar kotak penalti .
Fandi yang tampak menggunakan perlawanan itu sebagai `eksperimen' mencari kesebelasan mantap tatkala membuat persiapan menjelang saingan Liga M memasukkan Norshahrul Idlan Tahala menggantikan Safee bergandingan bersama Guiza dah Aidil Zafuan yang pada awalnya dirancang beraksi di posisi bek kanan kembali mengemudi benteng tengah bersama Muslim.
Kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim turut tidak ketinggalan untuk meletak dirinya sebagai penjaring selepas menjaringkan gol pada minit ke-82 hasil sepakan percuma dari luar kotak penalti manakala Mat Yo memastikan kemenangan buat Harimau Selatan ketika aksi berbakik dua minit untuk ditamatkan