BTC USD 83,533.5 Gold USD 4,155.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS JDT Fans Thread PART 1 Now Closed

Status
Not open for further replies.
- Daripada 16 pasukan dalam Zon Timur Asia,
5 pasukan sudah menempah tiket ke pusingan
kalah mati seterusnya (Round 16).



1. Johor DT (Johan Kump H)
2. Bengaluru (Naib Johan Kump H)
3. Mohun Bagan (Johan Kump G)
4. Ceres (Johan Kump E)
5. Tampines Rovers (Naib Johan Kump E)





- Pasukan yang sudah tersingkir :
1. Sheikh Jamal ( E )
2. New Radiant ( F )
3. Selangor ( E )
4. Ayeyawady ( H )
5. Lao Totota ( H )

Nasib 6 pasukan lagi akan bertarung
untuk merebut 3 tempat yang masih terbuka.




-----------

kalah mati ni aku ada seram sikit
 
Sebelum game besok, kita Wefie ramai-ramai..

13177262_1131253960285141_7394141353572482798_n.jpg
 
Penyokong Setia Johor

Elak kempunan Final Piala FA, penyokong JDT sanggup bercamping di stadium

13177792_1131265940283943_7549368618188602072_n.jpg



13217253_1089476007776721_5026709581063351842_o.jpg
 
Gomez mahu kekal rekod bersih Piala AFC



10jdt.transformed.jpg




JOHOR BAHRU: Pendahulu Kumpulan H, Johor Darul Ta'zim (JDT)
bertekad untuk mencatat kemenangan keenam sekali gus mengekalkan rekod bersih
di peringkat kumpulan ketika berdepan Bengaluru FC di Stadium
Tan Sri Hassan Yunos, malam esok. Pengendalinya, Mario Gomez berkata,



mereka turun dengan misi untuk memenangi setiap perlawanan yang dihadapi dan
tetap mahu mengutip tiga mata meskipun pasukan Harimau
Selatan sudah pun layak ke peringkat kalah mati
. "Saya tetap
menganggap ini perlawanan yang amat penting buat anak buah saya dan aksi
ini tetap menjadi fokus saya buat masa ini.



"Berjaya mengutip 18 mata maksimum di peringkat kumpulan adalah satu
momentum yang baik untuk kita menghadapi perlawanan seterusnya.



"Apapun, saya tidak mahu lagi memikirkan perlawanan pada Sabtu ini
(final Piala FA) kerana kami perlu menghadapi satu perlawanan demi
satu perlawanan,"


katanya pada sidang media pra perlawanan di Johor Bahru, hari ini.
Rekod cemerlang JDT pada saingan AFC menyaksikan
mereka menang semua lima aksi sebelum ini dan mengutip semua 15
mata yang ditawarkan. Aksi JDT menentang Bengaluru FC malam esok
boleh disifatkan seperti perlawanan pelengkap jadual memandangkan
kedua-dua pasukan sudah pun mara ke peringkat kalah mati.




Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/152188
 
Poster Bengaluru FC


13179090_474545462742249_2213143546286586678_n.png



hehe


13177830_804139086353821_743618815483299911_n.jpg
 
3 Agenda Utama Seminggu Ini :
Piala AFC / Piala FA / liga Super


11/05/2016 - AFC - JDT vs Bengaluru.


14/05/2016 - FA CUP - JDT vs PKNS.



18/05/2016 - LSM - JDT vs Pahang
 
13164438_982539718508021_8795577015429144238_n.jpg



“Menang 1-0 bukanlah suatu perkara yang sukar, tetapi menang 1-0 dengan jaringan kemenangan diperoleh pada minit terakhir permainan, itu sesuatu yang amat sukar.

“Karakter yang dimiliki setiap pemain di atas padang membantu Harimau Selatan untuk terus fokus melakukan asakan demi asakan hingga ke wisel penamat,”

"Ketiadaan beberapa pemain utama bukan masalah besar kerana setiap pemain yang diturunkan bersedia mengisi kekosongan tersebut dan memberi yang terbaik.

“Sama seperti perlawanan dengan Pulau Pinang, pemain perlu belajar daripada keadaan semasa dan terus berusaha untuk mendapatkan jaringan selagi permainan masih berlangsung,”

Mario Gomez (Ketua jurulatih JDT)
 
13124853_1193132057366292_2970389995392491130_n.jpg



AMIRULHADI, HARISS DAN SAFIQ ADALAH PEMAIN
TENGAH YANG
PUNYA CARA YANG BERBEZA


"Amirulhadi dan Hariss gemar bermain dengan cara bertahan.

Tetapi apabila Amirulhadi digandingkan denga S Chanturu,

barulah ada pergerakan untuk menyerang. Ketiga-tiga

mereka tidak boleh disamakan." kata Gomez.


Gomez boleh menggunakan kelebihan dan kemahiran

mereka ini untuk mengatur strategi dalam sesuatu

permainan dimasa-masa kritikal.


--------
aku still pk yg elcopoto
paling terbaik utk tgh.
yg quota harris tu,
pendpat teh tarik ikat tepi oney
aku rasa bgus klu ambil penganti
elcopoto ni lg pun defend dh ada
marcos.kluxde tgh sebgus copoto
jdt mcm ilang arah sikit
 
oh ho ni dia KAYA FC ye hehe
kaya woi,nmpk kiper agak susah
nk makn ni


PIALA AFC 2016
ROUND 16 (Pusingan kalah mati)

JDT (Mas) vs KAYA FC (Filipina)
25 Mei 2016 | Rabu | 9 malam
Stadium Larkin


13173018_1194601377219360_7251927596469704920_o.jpg
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register