lantang
Freshie
- Messages
- 34
- Joined
- Jul 18, 2010
- Messages
- 34
- Reaction score
- 0
- Points
- 6
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) adalah koperasi apex yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan yang mewakili Pergerakan Koperasi Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kami menyediakan program pelajaran kepada anggota-anggota koperasi disamping menyediakan khidmat keusahawanan dan perkhidmatan potongan gaji kepada kakitangan kerajaan untuk tujuan koperasi, kelab, kesatuan dan syarikat berkepentingan kerajaan.
Sekiranya anda seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan inginkan persekitaran kerja yang stabil dan berdaya-saing, anda dipelawa menyertai kami dengan mengisi kekosongan jawatan berikut :
Nama Jawatan : PEGAWAI PENYELARAS NEGERI - 2 KOSONG
(BAHAGIAN PENTADBIRAN)
Cawangan Pahang Zon 3 & Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kelayakan dan Pengalaman
Individu yang berkelayakan dipelawa memohon dengan mengemukakan surat permohonan berserta butiran peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi maklumat kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran, kualiti personal, gaji semasa, gaji dipohon serta salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan gambar terbaru berukuran pasport kepada :
Ketua Pegawai Eksekutif
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor
atau e-mel : [email protected]
Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
*****tarikh tutup tak de lagi, mungkin akan kluar dalam newspaper dalam masa terdekat
*****average gaji 2+++ tak termasuk elaun-elaun

- Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan / Ekonomi / Koperasi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Berpengalaman bekerja selama 3 tahun dalam bidang pentadbiran/pemasaran, mempunyai pengetahuan dalam bidang koperasi serta pengalaman bekerja dalam sektor koperasi adalah satu kelebihan.
- Fasih dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
- Bersedia untuk melakukan tugasan di luar kawasan Kuala Lumpur termasuk bertugas pada hujung minggu.
- Bertanggungjawab kepada Pengerusi Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN)dalam hal-hal pengurusan dan pentadbiran pejabat, program dan aktiviti, laporan, pengendalian mesyuarat dan lain-lain aktiviti yang dirancang oleh JPAN & ANGKASA Pusat.

Last edited: